Jun 1, 2012

Aku seorang Insan....

Aku seorang insan... ye...saya seorang insan yg telah diberi nama Nazri oleh kedua Ibubapa saya semasa saya dilahirkan di Hospital Kota Bharu, Kelantan pada hari Selasa,15hb Julai 1975 bersamaan 6hb Rejab 1395 yang mana pada ketika itu keluarga saya tinggal di 235, Jalan Hospital, Kota Bharu...
Dan saya didaftarkan pd surat beranak utk bersekolah di SRK Sultan Ismail(Satu), Kota Bharu, Kelantan. Setelah dibesarkan dgn penuh kasih sayang telah cukup umur saya 7 tahun maka saya telah dihantar ke Sekolah Rendah Kubang Kerian yg mana pada masa itu kami telah tinggal di Pasir Hor, Kubang Kerian. Kemudian setelah masuk darjah 2, keluarga kami berpindah lagi ke Pengkalan Chepa dimana sebelum kelahiran saya keluarga kami telah byk kali berpindah jika tak silap saya dr info adik beradik saya yg lain. Saya telah ditukarkan sekolah ke Sekolah Rendah Kebangsaan Dato Hashim dan dari situ belajarlah saya sehingga ke darjah 6 dan mendapat keputusan baik didalam Penilaian Darjah Lima...dan kemudian saya memasuki ke peringkat menengah di Sekolah Menengah Pengkalan Chepa dari 1998 ke 1990 dimana saya telah mendapat keputusan cemerlang didalam Peperiksaan SRP dimana ayah saya cuba utk memasukkan saya ke MRSM akan tetapi tidak berjaya kerana hanya kaum2 yg ade 'kabel' saje dpt masuk kesana pd masa itu..dan saya telah masuk ke Maktab Sultan Ismail yg mana lebih dikenali sebagai Sultan Ismail Colledge(S.I.C)..disitu saya belajar didlm Aliran Sains..yg mana agak mnyukarkan juga kepala hotak nk belajar...haha...mana tak nyer saya ambil 10 subjek matapelajaran termasuk AddMaths & English 1119...dan mndapat keputusan yg agak kurang memuaskan(ada tersurat & tersirat sebenarnye..dimana slh seorg dari abg sy da janji semasa SRP lau dpt 15 aggregat kebwh nk beli motor tp xtunaikn janji & sebab itu mood belajar sy dropdown kawkawpimko.~moralnye jgn janjikn ape yg anda xdpt bg utk anak anda mahupn adik anda). Dari situ saya melanjutkan pula pelajaran ke IKM Lumut di Perak dan mengambil Kos Elektrik Domestik dan Industri...dan berjaya didalam jurusan tersebut serta mndapat sijil dari JBE sebagai Pendawai yg brtauliah..dr situ saya mula mengorak langkah menuju ke alam dewasa dan membina kehidupan sebagai seorang remaja...dan mula bekerja sebagai seorang Pendawai utk mencari rezeki bagi menyara hidup dan mencari sesuap nasi...dan situlah bermulanye satu kehidupan yg brmacam-macam dugaan dan keperitan dihadapi dan ditempuhi dlm ranjau kehidupan. Sehinggalah kini saya berada ditahap ini...tetapi masih boleh dikatakan tidak lagi berjaya...masih perlu membaiki apa jua kelemahan...apa yg penting adalah kemahuan...dan apabila ada kemahuan, usaha hendaklah dijalankan dengan sepenuh hati, jujur, ikhlas dan amanah agar kemahuan itu dapat dicapai...insya'allah...akan berjaya...
Saya adalah peminat fanatik Dewa19..dimana saya pernah mengumpul duit perbelanjaan sekolah saya yg diberi oleh bapa saya sebanyak rm2 sehari hari semata mata utk pergi melihat konsert Dewa19 di Yogyakarta, Indonesia dan di Kuala Lumpur(pergi curi-curi..hikhik..nobody's knows..serta saya juga peminat dan penyokong sukan bolasepak bagi negeri kelahiran saya, Kelantan Darul Naim...
Go More!!! Klate Go More!!!...Together We Go More!!!...
Membangun bersama Islam...
Takbirr!!!...Allahuakhbar!!!

Sekian dan terima kasih dari saya kerana sudi membaca...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...