Aug 12, 2011

Adakah pemain Kelantan dibayar? atau game sudah dijual?...

Kelmarin merupakan malam kesedihan rakyat Kelantan. Rakyat Kelantan hari ini begitu ghairah untuk memenangi satu lagi piala dalam kejuaraan bola sepak negara. Namun apakan daya, menang dan kalah sudah menjadi tuntutan yang utama. Dan hari ini, kita rakyat Kelantan dipihak yang kalah dalam perlawanan malam tadi. Dengan hati yang terbuka, terimalah keputusan ini. Usah lagi diungkit perkataan kalau yang memang memeritkan itu.
Teringat satu ketika dahulu, bola sepak Kelantan dahulunya ibarat "hidup segan, mati tak mahu" Tetapi hari ini kita sebagai rakyat Kelantan harus berbangga dengan pasukan kita. Negeri-negeri yang lain mula memandang pasukan bola sepak Kelantan dengan gerun. Pasukan bola sepak kelantan ibarat singa di medan perlawanan bola sepak di negara kita hari ini.

Terbaru yang kita tahu, pasukan Kelantan telah dibayar dengan lumayan. Dahulunya pemain bola sepak Kelantan selalu merungut kerana tidak dibayar. Hari ini alhamdullilah, mereka semua telah dibayar dengan harga yang setimpal. Pasukan bola sepak kita hari ini dianggap yang termewah di Negara ini. Pelbagai imbuhan yang dianugerahkan kepada pemain bola sepak Kelantan selepas memenangi Piala Malaysia pada tahun lepas.

Dan hari ini, 11 Jun 2011 pasukan bola sepak Kelantan terlepas peluang untuk memenangi Piala FA yang telah pun dimenangi olah pasukan negeri Terengganu. Taniah diucapkan kepada seluruh warga Terengganu. Dan ramai yang katakan perlawanan hari ini merupakan satu perlawanan yang dirancang dan merupakan satu bahan perjudian. Dan ada juga yang menyatakan bahawa perlawanan ini telah dibayar untuk kalah dengan perjanjian selepas ini pasukan Kelantan akan menang pula pada liga Super nanti. Jika benar, sungguh hebat konpirasi yang didengar ini. Betul atau salah, sy pun tidak tahu. Tapi yang banyak sy dengar, memang banyak perlawanan bola pada hari ini merupakan perlawanan yang dibayar sehinggakan diperingkat antarabangsa juga dikatakan sudah tiada lagi ketulenan bola sepak. Semua telah dibayar dan dirancang. Bagi sy, entahlah, sy bukan pandai sangat pun. Yang sy pandai, tengok dan bersorak utk bagi sokongan penuh ikhlas dari hati sy kepada pasukan negri sy yg sy sayangi. Namun ade 1 lg perkara yg tidak sy suka didlm arena sukan negara, dimana ade harijadi Al-Sultan kalau ade game bagi negeri trsebut mula la nk bg hadiah la ape la...ape kaitan sukan dgn institusi Raja-Raja?....memang kita kena hormat dan sanjung Institusi Raja-Raja, namun bukan menjadikn game bolasepak sebagai hadiah kepada mereka disetiap perlawanan bolasepak negeri masing2...harap ini dapat difahami dan bukan dieksploitasi.....

Dan hari ini, teori itu singgah pada perlawanan akhir Piala Fa diantara Kelantan dan Terangganu. Sehinggakan Dato' Seri Penglima Anuar Musa terpaksa menafikan perkara ini. Dan perlawanan hari ini telah memihak kepada negeri Terangganu dengan keputusan 2-1. Taniah terangganu. Soal perlawanan ini dirangcang atau tidak, gua tidak boleh menuduh tanpa bukti, bagi gua, semua dalam hidup ini telah dirancang olehNYA. Jika benarlah perlawanan ini telah dirangcang, tetapi jika ALLAH swt tidak mengizinkan, perkara ini pasti tidak akan terjadi. Namun, ALLAH swt adalah sebijak perancang dan DIAlah yang menentukan segalanya. Kita serah sahaja perkara ini kepadaNYA.

Kepada Daudsu yang secara tidak sengaja menanduk bola ke pintu gol sendiri diharap bersabar dan menerima apa yang terjadi ini merupakan dugaanNYA. Tidak perlu kecewa jika apa yang diinginkan itu menjadi milik orang lain. Mungkin itu adalah rezeki mereka. Insya-Allah, esok atau lusa kita pula mendapat limpahi rezeki Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih. Perkara ini merupakan perkara biasa dan Daudsu tidak perlu merasa terlalu bersalah, peminat yang cerdik akan menerima ini dengan hati yang terbuka. Bola sepak ini sangat indah bila ada kalah dan ada yang menang.

Apa-apa pun, taniah kepada pasukan bola sepak Kelantan yang telah berjaya sehingga ke peringkat ini. Kekalahan malam ini merupakan tiket kepada pasukan kita untuk bekerja dengan lebih keras dan gigih lagi demi untuk memenangi perlawanan liga Super dan piala Malaysia. Teruskan berusaha tanpa perlu menoleh ke belakang.

Sekurang-kurangnya hari ini kita rakyat Kelantan dapat belajar apa itu rezeki. Betullah kata pepatah, kalau sudah bukan rezeki,ikan di dalam sauk boleh lagi terlepas.

sumber - puok2 kito jugok..!
kredit to page Kami Mengutuk Sekerasnya T'dakan FAM & Media T'hdp Fan Kelate

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...