Aug 12, 2011

Kelantan diketepikan? Adakah ini benar?...

Untuk makluman badan pengurusan Malaysian Super League (MSL) Mr. Stuart Ramalingam (Ketua Pegawai Eksekutif MSL), turut mengiktiraf penyokong Kelantan sebagai "Penyokong Paling Bernilai" dalam bolasepak Malaysia tanpa kehadiran penyokong Kelantan sunyi sepilah stadium seluruh Malaysia. Malah pihaknya juga berasa hairan pasukan yang me......nduduki lima tangga teratas liga gagal menarik perhatian penyokong mereka ke stadium malah ada yang lebih selesa melekat di kaca tv siaran langsung sahaja sambil mengutuk pasukan.
Melalui stastistik siaran langsung Astro Arena juga menunjukkan perlawanan melibatkan Kelantan memaparkan graf stastistik yang tinggi berbanding perlawanan lain.

Secara realiti menurut Mr. Stuart Ramalingam (Ketua Pegawai Eksekutif MSL), penyokong Kelantan amat sukar mendapat pengiktirafan penyokong terbaik kerana jika semua penyokong Kelantan datang dengan sopan santun, pasukan mana lagi yang akan membayar denda untuk FAM. Jika ada pun biasanya melibatkan denda kes yang memang sukar dilenyapkan seperti kes membakar bendera. Malah pihak MSL turut mengakui pasukan Kelantan layak menerima lebih banyak tajaan daripada penaja-penaja di luar sana kerana pasukan ini berjaya mencipta fenomena luar biasa pada bolasepak Malaysia.

Impian Kelantan menjadi juara Liga Super 2011 tetap realistik tetapi para pemain harus belajar dari sikap terlalu yakin mereka pada perlawanan final piala FA lalu agar tidak berulang dan perlu berjuang dengan penuh waspada sehingga wisel penamat ditiupkan. Jika keputusan perlawanan terakhir ini berkesudahan seri sekalipun Kelantan telah pun berjaya memintas Selangor yang memerlukan 8 jaringan gol untuk kekal dinobatkan juara liga meskipun memiliki 54 mata bersama Kelantan manakala Terengganu pula mengharapkan kedua-dua pasukan ini tewas pada lawan masing-masing bagi mengimpikan piala berganda pada musim ini.


Tempias kemeriahan bolasepak Kelantan turut terkena kepada portal ini apabila sejak bulan januari 2011 hingga kini portal ini berjaya mengekalkan ranking pengunjung tertinggi berbanding laman web seumpamanya termasuk portal Astro Arena (www.arena.my) mahupun portal FAM (www.fam.org.my) melalui portal carian ranking www.alexa.com dan Google Analytics. Terima kasih di atas sokongan semua penyokong The Red Warriors sepanjang tahun ini, tanpa anda tidak bermakna apa-apa portal ini.

Hanya doa dan semangat dari seluruh rakyat Kelantan sahaja yang mampu diiringi kepada para pemain untuk menjadikan bumi Sabah dibasahi air mata kegembiraan rakyat Kelantan, selain mengharapkan rakyat Kelantan yang terbang bersama pemain dan permastautin di Sabah memenuhi segenap penjuru stadium Likas.

Bukan sahaja Selangor mengharapkan keajaiban, peminat bolasepak Kelantan turut mengharapkan keajaiban sentuhan taktikal daripada Datuk M. Karathu malah berharap memberi banyak masa kepada pemain gantian mempamerkan aksi mereka bukannya pada minit-minit terakhir dan cepat bertindak dalam mengatasi kelemahan serta kepincangan kesebelasan pemain yang diturunkan.

Harapan ingin melihat penyokong senada dan seirama dalam sorakan masih lagi gagal dilakukan, namun KAFA sedang berusaha keras merealisasikan harapan ini supaya tragedi penyokong sunyi sepi dilanggar garuda pada perlawanan final yang masih ada harapan kemenangan tidak akan berlaku lagi pada saingan akan datang. Demikian juga alunan gendang dan dendangan sokongan yang bertompok-tompok diharap tidak akan dibazirkan tenggelam dengan sorakan penyokong pasukan sendiri.


Biarlah Gunung Kinabalu menjadi saksi kejayaan pasukan The Red Warriors kali ini. Rakyat Kelantan yakin Bukit Marak akan ada kenduri kesyukuran kejayaan baru Kelantan. YA ALLAH! BERILAH SEMANGAT DAN KEJAYAAN KEPADA PASUKAN KAMI. GO MORE KELATE GO MORE!!!.
 

www.arena.my
Astro ARENA (Saluran 801) : Nadi Sukan Malaysia
kredit to Amerrs Gerrard TRW

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...