Aug 12, 2011

Panas Di Kem Kelantan-Pemain Bidas Karathu




Tewas aksi final selepas mendahului hingga minit akhir permainan, sememangnya hakikat yang perit untuk diterima, namun bagi sesetengah pemain Kelantan, ia tambah menyakitkan melihat jurulatih yang berpengalaman luas seperti Datuk M.Karathu pincang dari segi taktikal, formasi dan pemilihan kesebelasan utama pemain.

Semakin ramai pula yang meluahkan kekecewaan, dan berpendapat keputusan perlawanan mungkin sebaliknya jika Karathu lebih bijak membuat percaturan.

“dia ni takde variasi, idea dia tak berkembang la bro, tak tahulah nak kata apa. Setiap game, trend dia sama, dia ni takut nk cuba sesuatu yang baru, takut nak buat keputusan, kita as player kena ikut jer cakap dia. tengoklah pertukaran minit ke-90 baru nak buat, apa faedah? Saya nak tanya adakah peranan pemain simpanan ni sekadar nak lengahkan masa? Kalau ada 20 minit lagi pemain dah letih mintak suruh tukar, dia tunggu dua minit nak habis baru nak tukar, trend dia tak pernah lari, patutlah kalah dengan bekas anak murid (irfan)..”. – Pemain 1.

‘kalau dia taknak bagi saya main sampai bila-bila pun saya tak kisah la, saya boleh jaga kerusi mana tau takut kena curi ke, saya dah tawar ati, saya memang dah takde masa depan kat sini. posisi saya oklah memang ramai boleh main, tapi posisi lain? Dah nama pun final, crowd ramai, tekanan kuat, atmosphere dia lain, dia sepatutnya guna pemain berpengalaman, pemain berpengalaman tahu macam mana nak handle situasi, kita ada 20 player skuad utama yg training hard, tapi kalau u nak tahu, 11 pemain yang main first eleven memang dah diset awal-awal ikut citarasa orang tertentu, training macam mana pun dia takkan pilih kita..”. – Pemain 2.

“sabar jer la bro, bukan malam kita. Tp betullah saya kalau bukak mulut memang banyak benda nak cakap, tapi coach pula takleh trima, dia jurulatih, kita player, kita kena ikut cakap dia, memang kecewalah saya pun bantu team mara ke final, saya pun nak juga rasa suasana final tp last-last duk kat bench, tapi cukuplah, saya taknak komen banyak-banyak..”. –Pemain 3.

“pada saya ramzul tu patut bagi main first, izuan atau nizad second. Tapi kalau kita cakap, dia kata kita n ink tunjuk pandai lebih dari coach, tapi itu basic knowledge dia patut ada. kalau PLAN A, PLAN A la sampai habis, takde PLAN B. pemain ramai yang tak menjadi, kenapa tak tukar bila dah masuk 20 minit terakhir, nak tunggu last minit tu kenapa? ikutkan hati, ramai dah yg tawar ati dengan dia ni, dia lebih percayakan budak yang main 2 game, dari kita yang dah main bertahun-tahun. Sampai bila nak tunggu?..”. – Pemain 4.

“penilaian player, coach sathia jauh lebih bagus, dia tahu siapa layak main, siapa tidak. even taktikal sekarang pun sebenarnya coach sathia yg banyak bagi idea kat dia, nak SWAP player pun tak pandai nak cakap apa lagi. Bagi dia, defend utk ganti defend, mid ganti mid, striker ganti striker, pernah tengok tak dia tukar mid ngn striker, atau pemain defensif ganti pemain atas? Atau pemaiin sayap tolak pergi atas jadi striker? Kalau ada tu arahan abg hashim (Mustapha), bukan arahan dia..nak tulis, tulislah bro, aku dah tawar hati”. – Pemain 5.

Daripada 5 pemain ini, 2 beraksi dalam kesebelasan utama, manakala 3 lagi pemain sekadar memanaskan bangku simpanan hingga tamat 120 minit permainan.

*

Diteliti semula, cakap mereka ada betulnya. Umpamanya dari aspek pertukaran pemain, apakah peranan pemain gantian sekadar melengahkan masa? Cuba lihat apa yang dilakukan Irfan Bakti, beliau mengeluarkan tiga pemain, dan kesemua tiga pemain yang dimasukkan menyumbang peranan penting di dalam kemenangan bergaya Terengganu, termasuklah penjaring gol kemenangan, Ahmad Nordin Alias.

Nordin sebelum itu masuk menggantikan pemain kebangsaan, Ismail Faruqi Ashaari, satu percaturan berisiko tinggi oleh Irfan, yang membuahkan hasil, tapi tidak berani dilakukan Karathu. Karathu seolah takut untuk mengeluarkan Badri Razi atau Shakir Shaari lebih awal, walaupun aksi mereka jelas tidak di tahap sebenar.

sumber - http://suarasukan1mas.blogspot.com/
terima kasih kpd suarasukan 1mas...
*adakah ini yg patut dilakukn oleh kita semua sebagai penyokong the Red Warriors....wajarkah kita menuding jari sebegini kepada org yg telah berusaha menaikkn nama kita....fikir2kanlah....setiap manusia tidak boleh lari dari kesilapan....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...