Nov 11, 2011

[Info] Apa itu Nisfu Syaaban?

Hmm tentu semua tahu bulan Syaaban didalam kalendar Islam...akan tetapi adakah anda tahu apakah Nisfu Syaaban?...mungkin ade yang tahu, ade juga yang masih tidak tahu dengan penuh huraiannye, ada juga yang tak tahu langsung....mari kita singkap apa itu Nisfu Syaaban...dan apa kelebihan-kelebihan dan apa yang patut kita lakukan....




Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu.Pengertian nisfu Syaaban am bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.




Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:
Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”


Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”


Hari nisfu sya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14 hb sya’aban sebaik sahaja masuk maghrib)


Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.

Fadhilat Nisfu Syaaban

  • Membaca Surah Yasin sebanyak tiga kali[perlu rujukan] pada malamnya.
  • Mengadakan Qiamullail.
  • Berpuasa pada siang harinya.   
Informasi: 15hb Syaaban jatuh pada tanggal 17 Julai,2011 yakni pada hari ini, malam ini.(Malam Nisfu Syaaban pada hari Sabtu, tanggal 16hb Julai,2011 sejak terbenamnya matahari).


 Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang mengingatkan sesama Islam akan kedatangan bulan Syaaban, maka akan haram baginya api neraka..."


Itu salah satu dari sabda Rasulullah SAW dan saya ingin perkukuhkan lagi dengan sabda-sabda berikut:


Berkata Siti Aisyah r.a, bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan Syaaban. Sabda baginda: "Sya'aban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani dan rohani)."



Sabda Rasulullah s.a.w: "Bahawa kelebihan Rejab atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan Qur'an atas segala kalam. Kelebihan Syaaban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihanku atas segala Anbia' (Nabi-nabi). Kelebihan Ramadan atas bulan-bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas sekelian makhlukNya."
Sabda Rasulullah s.a.w lagi: "Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak, dan puasa yang lebih afdhal sesudah Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban."

Barangsiapa yang berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Jika dia menyempurnakan puasanya sebulan di bulan Sya'aban, dipermudahkan Allah s.w.t ke atasnya Sakarotulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada hura-hara Munkar dan Nakir, ditutup oleh Allah s.w.t dari keaibannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya. Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Sya'aban dan akhir khamis daripada Sya'aban, dimasukan dia ke dalam syurga. (Dari kitab Al-Barakah).

Sabda Rasulullah s.a.w: "Bahawa puasa Syabaan kerana membesarkan Ramadhan. Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya'aban, kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka diampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkati rezeki baginya" Sabda baginda lagi: "Bahawa Allah Ta'ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat."

Bulan Sya'aban, keagungan malamnya dengan Nisfu Syaaban seperti keagungan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya.
Dari Yahya ibni Abi Khasir, dari Irwah dari Aisyah r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud,: “Jibril telah mendatangi aku dan berkata: Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Pada malam itu Allah membebaskan hamba-hambaNya dari siksaan Api Neraka seramai bilangan kambing Bani Kalb* (merentasi satu tempat) selama sebulan. Pada malam itu Allah tidak menoleh (tidak mengampuni-p) kepada orang yang melakukan syirik, pengadu domba (batu api-p), pemutus silaturrahim, penderhaka kepada kedua ibu bapa dan orang yang ketagih arak”. Hadis riwayat Ibnu Majah, Imam Ahmad, Al-Tarmizi. dan Al-Baihaqi.

Dari Abi Salmah, dari Aisyah r.a berkata:, Rasulullah s.a.w sering berpuasa hingga kami menyangka bahawa baginda berpuasa berterusan dan baginda sering berbuka sehingga kami menyangka bahawa baginda akan berbuka seterusnya. Aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadan dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat lebih banyak daripada puasa di bulan Syaaban.

Dari Aisyah r.a, bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda:, “Beramallah dengan mengikut kemampuan kamu, kerana sesungguhnya Allah tidak akan jemu sehingga kamu yang jemu (dulu–p). Aisyah ra menyambung, “Solat yang paling disukai Nabi saw ialah solat yang dikerjakan berterusan walaupun sedikit. Adalah Nabi saw apabila solat, dia mengerjakannya secara tetap (konsisten-p).” Hadis Sahih No. 1970 riwayat Imam Al-Bukhari.

Dari Abu Hurairah ra. berkata bahawa kekasihku (Nabi saw) telah mewasiatkan kepadaku 3 perkara (iaitu) : "(Hendaklah-p) berpuasa 3 hari setiap bulan (13, 14 dan 15hb), 2 rakaat Dhuha dan Solat Witir sebelum tidur”. Hadis Sahih No. 60 riwayat Imam Al-Bukhari.


Dari Usamah b Zaid ra berkata, “Aku bertanya, ya Rasulullah. Aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam bulan-bulan lain sepertimana engkau berpuasa dibulan Syaaban”. Rasulullah bersabda, “Ia adalah bulan yang manusia lalai terhadapnya, di antara Rejab dan Ramadan. Ia adalah bulan yang diangkat amalan-amalan kepada Tuhan sekelian alam, maka aku suka amalanku diangkat sedang aku berpuasa” Hadis riwayat An-Nasaie.



Dalam kita memperkatakan mengenai kelebihan bulan Syaaban, terdapat satu malam di bulan tersebut yang dikenali dengan 'Nisfu Syaaban'. Adapun malam Nisfu Syaaban ini mempunyai keistimewaan dan merupakan salah satu malam yang paling mustajab doa dimakbulkan, malam pengampunan dan merupakan malam yang penuh dengan rahmat, sebagaimana hadis Rasulullah s.a.w:


Dari Saidina Ali r.a, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, “Apabila tiba malam Nisfu Syaaban, lalu berqiyamullail pada malamnya, dan berpuasa di siangnya, maka sesungguhnya Allah swt turun ke langit dunia ketika matahari terbenam dan berfirman, “Adakah disana orang yang memohon keampunan, lalu Aku mengampunkan dia ? Adakah di sana orang yang memohon rezeki, lalu Aku memberi dia rezeki ? Adakah di sana orang yang diberi ujian bala bencana, lalu Aku menyejahterakan dia ? Adakah di sana … adakah di sana … ?" sehingga terbit fajar”. Hadis riwayat Ibnu Majah dan Al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman.
Rasulullah s.a.w bersabda dalam sebuah hadis yang dipetik dari kitab 'Zubdatul Waizzin' yang bermaksud: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertakwa kepada Allah, taat kepadaNya serta menahan diri daripada perbuatan maksiat, maka Allah s.w.t mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu daripada segala macam bencana dan penyakit."


Namun, dalam keghairahan menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan berbagai cara ibadat, kita perlu berhati-hati agar tidak melakukan perkara-perkara bidaah, seperti melakukan Sembahyang Sunat Nisfu Syaaban, kerana sembahyang ini sebenarnya tiada sabit dalam ajaran Islam.

Dalam Hadis-hadis Sahih riwayat Imam Al-Bukhari, tidak disebut secara khusus puasa sunat hari Nisfu Syaaban ie. 14 atau 15hb Syaaban, namun disebut secara khusus berpuasa sunat pada 13, 14 dan 15hb setiap bulan yang mana termasuklah didalamnya hari pertengahan Syaaban (nisfu Syaaban). Hadis-hadis Sahih Al-Bukhari juga tidak menyebut secara khusus berqiamullail pada malam Nisfu Syaaban, tetapi disebut berqiamullail di setiap malam, dan yang mana ini termasuklah malam pertengahan Syaaban (nisfu Syaaban).

Secara amalinya, bangun malam (qiamullail) dan berpuasa 14hb Syaaban adalah ibadah yang Syari'i, dan merupakan salah satu taqarrub ilallah (mendekatkan diri kepada Allah) dan bukan suatu amalan yang bid’ah.




Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil saat keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kpd Allah dengan baik dan sempurna dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru. Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatanyang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:

1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban, ahad malam), Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat
Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x, Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya'aban, ahad malam)

i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik.

Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x, Baca doa nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)

3. Baca surah ikhlas 1000x

4. Berpuasa pada siangnya (Ahad)

Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.

Antaranya yg termasyhur adalah:

1. Malam Dimustajabkan Doa
2. Malam Pembahagian Takdir
3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam Syafaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
10. Malam Rezeki
11. Malam Hari Raya ParaMalaikat
12. Malam Penghidupan

dan ini bacaan doa Nisfu Staaban untuk dibaca setiap kali anda habis membaca surah Yassin:



Doa Nisfu Syaaban
Erti Doa Nisfu Syaaban:
Ya Allah …Yang Maha Pengurnia…tanpa dikuniai
Wahai Yang Empunya segala kebesaran dan kemuliaan
Wahai Yang Empunya segalah kemurahan dan pemberian
Tiada Tuhan melainkan Engkau
Engkaulah Pelindung bagi sekalian pelarian
Engkaulah jua Penaung bagi yang mencari pelindungan
Engkaulah Penenteram bagi mereka yang berada di dalam ketakutan
Ya Allah kiranya aku ini tersurat pada sisi Mu
Sebagai penjahat lagi terkutuk
Sebagai terhindar dari yang jauh lagi sempit tanpa rezki dariMu
Dengan segala kebajikan yang ada pada Mu
Ya Allah Hapuskanlah dari suratanMu itu Kejahatan yang tersurat tadi
Juga kutukan yang jauh dari kebahagiaan
Termasuk penghindaranku dari sisiMu dan kesempitan hidupku
Ya Allah tetapkanlah dalam suratan Mu
Sebagai orang yang berbahagia ….sentiasa beroleh rezeki
Menerima aneka kurnia dan kebajikan
Sebenarnya Engkau Ya Tuhan telah bertitah
Titahmu adalah Hak dan Benar
Tersurat dalam kitabMu yang diturunkan
Menerusi lisan Nabi Mu yang terutus
Yang bermaksud
Allah sesukaNya Menghapus dan Menentukan Sesuatu
DisisNya sahaja terdapat IBU KITAB suratan takdir
Tuhanku dengan penyerlahan Zat Mu Yang Maha Agung
Pada malam pertengahan bulan Syaaban yang Mulia Ini
Di mana berlakunya pembahagian dan penentuan dalam setiap perkara
Hindarkanlah dariku segala petaka
Yang aku ketahuinya ataupun tidak
Bahkan apa jua yang Engkau lebih mengetahuinya dariku
Kerana Engkau jua Yang Mengetahui tentang segala-galanya
Aku mohon Rahmat Mu Duhai Tuhan Yang Maha Pengasih
Dari sekalian Yang Mengasihani
Kiranya Engkau sampaikan selawat dan salam
Pada Penghulu kami Nabi Muhammad shallalahu ’alaihi wasallam
Serta kepada para keluarga dan sekalian sahabatnya
Amin



Antara kelebihan bulan Sya'aban:

1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof didalam syurga.

2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.

Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.

Wallahua'alam

JADI MARILAH KITA BERSAMA2 MEMERIAHKAN LAGI BULAN SYA'ABAN INI DENGAN AMAL IBADAT YANG LEBIH DAN JANGAN LUPA KAWAN2 SEMUA AMBILLAH KESEMPATAN UNTUK BERPUASA PADA 15 SYAABAN NANTI IAITU PADA AHAD 17hb OGOS INI KERANA KITA TIDAK TAHU SAMADA KITA BERKESEMPATAN LAGI UNTUK BERTEMU DENGANNYA TAHUN HADAPAN... NAUZUBILLAMINZALIK... 





Kredits to:
  1. http://www.lizarazak.com
  2. http://halaqah.net/v10/index.php?PHPSESSID=g052nl28tfubhhv98fts9rq8c6&
  3. Wikipedia

2 comments:

  1. tq...so apa lg...jom kita buat ibadah...sama2 kita tambah pahala kita...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...