Jun 20, 2012

Roh pada Bulan Ramadhan Al-Mubarak

Apabila tiba Ramadan, Para Roh akan berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah untuk kembali ke dunia. Ada yang dibenarkan kerana atas amalan baiknya semasa hidup dan doa doa dari penjamin mereka, ada yang tidak diizinkan kerana dosa dosa semasa hidup.

Apabila Roh kembali, perkara pertama dilakukannya ialah melawat jasadnya di tanah perkuburan, kemudian ke rumah anak anaknya, warisnya, orang yang mendoakan mereka, dengan harapan apabila dia datang adalah hadiah untuk mereka membawa pulang ke alam roh. Hadiah itu berupa doa, sedekah, apa sahaja amalan baik yang kita niatkan untuk mereka.

Keadaan ini berlarutan sehingga Hari Raya Aidil Fitri, sebelum manusia solat sunat raya. Para Roh akan kembali ke jasad untuk mengucapkan selamat tinggal dan kembali semula ke Luh Mahfuz. Pada yang mendapat banyak hadiah berbahagialah Roh itu, pada yang kurang tentu rasa syukur, pada yang tiada apa apa bayangkanlah kesedihan yang akan ditanggung oleh Roh itu. 

Disini diberitahu hikmah adanya alam kubur. Membuktikan Allah itu Maha Penyayang kerana masih memberi kesempatan kepada para Roh untuk mengumpul amalan dari belas ihsan dari yang masih hidup.
Jadi janganlah kita membiarkan orang yang kita sayang sepi tanpa doa dan sedekah jariah. Apabila kita mati hanya tiga perkara yang tinggal iaitu anak yang soleh, ilmu yang bermanafaat dan sedekah amal jariah. Ingatan untuk kita yang masih hidup...sebelum pergi pastikan kita ada tiga perkara ini...terutama anak yang soleh supaya doa anak cucu sentiasa mengiringi.

Marilah kita sama-sama memberikan hadiah yang terbaik buat sesiapa ahli keluarga kita yang telah tiada dibulan yang mulia ini disamping kita membuat amalan-amalan mulia untuk penyucian diri kita sendiri...
Sekian dari saya...jumpa lagi dilain lembaran....Assalamualaikum....

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...