Jun 22, 2012

Juara Baru Liga Super 2011!!...Tahniah The Red Warriors!!!....

vs
 
Perlawanan antara Sabah dan Kelantan pada malam ini 6hb Julai 2011 sememangnye ditunggu-tunggu oleh semua para peminat The Red Warriors serta peminat Negeri dibawah bayu Sabah bagi menyaksikan keajaiban yg bakal terjadi dan pasukan Kelantan berjaya memiliki Piala Liga Super buat pertama kali dalam sejarah pembukaan Liga Super diperkenalkan. Dalam perlawanan ini pasukan Kelantan telah menjuarai hasil sepakan dua gol oleh Nor Shahrul Idlan Talaha pada minit ke 5:05 pada separuh masa pertama dan pada minit ke 72 pada separuh masa kedua manakala Sabah mendapat satu gol hasil kealpaan pertahanan Kelantan dan dijaringkan oleh Razlan Oto.


Kelantan memenangi perlawanan ini dengan jaringan 2-1. Keseluruhannya pada perlawanan ini seimbang, namun pertahanan Kelantan sedikit kucar kacir apabila mendahului dan itu yg menyebabkan Sabah memperolehi gol akibat kelalaian barisan pertahanan Kelantan menjaga Rozlan, pemain penyerang Sabah yg sememangnye bahaya pada separuh masa yang kedua. Pasukan Sabah juga tidak kurang hebat mencaturkan banyak serangan namun tidak berjaya kerana penyudahan yg tidak kemas. Sebanyak 5 kad kuning dilayangkan pada malam ini oleh pengadil, menunjukkan banyak kekasaran berlaku dan ada juga yg terlepas pandang oleh pengadil pada malam ini dimana pemain Kelantan dikasari dengan teruk di hadapan pintu gol tapi tiada tindakan dari pengadil. Sebaliknya hanya kekasaran yang dilakukan oleh pemain Kelantan banyak diberi keutamaan, ini yang sering berlaku dalam mutu pengadilan terhadap pasukan Kelantan. Namun hasil usaha percaturan baik oleh Dato Karathu dan Hashim Mustapa telah membuahkan hasil pada kali ini. Terima kasih dari kami pihak penyokong sejati The Red Warriors buat pihak pengurusan serta tidak lupa pada hasil usaha Tan Sri Anuar Musa didalam memajukan arena bolasepak negeri Kelantan Darul Naim, Terima kasih Tan Sri...ikhlas dari kami. Tahniah kepada pasukan Kelantan The Red Warriors serta tidak lupa kepada semua penyokong-penyokong The Red Warriors yg memberi sokongan padu tak kira dimana anda berada, didalam stadium mahupn melalui kaca televisyen. Teruskan memberi sokongan padu kepada pasukan negeri kita tanpa prejudis terhadap politik...nasihat saya dan dari penyokong-penyokong The Red Warriors, jangan politikkan pasukan kesayangan kami...jangan sesekali gunakan ia sebagai isu politik. Sukan adalah sukan.....majulah sukan untuk negara tercinta....Hidup Malaysia!!...Malaysia Boleh!!...


"Tahniah!! Tahniah!! Tahniah!!!....The Red Warriors adalah terbaik!!...Together We Go More!!...Go More Klate Go More!!!....GooooOOOOOOOOooooo......KE!!...LA!!...TE!!!!!!!....."

Saksikanlah hasil jaringan oleh Mat Yo...


Misi seterusnya....menjuarai Piala Malaysia....insya'allah....teruskan bersama kami...

sedikit tambahan:
ucapan dr: Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat ~Saya mengucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak Kelantan di atas kejayaan menjuarai Liga Super setelah menewaskan pasukan Sabah pada malam ini. Rakyat Kelantan bangga dengan kejayaan ini, terima kasih!

dan ucapan dr: Tan Sri Annuar Musa ~KEPADA ALLAH SAYA PANJATKAN KESYUKURAN ATAS KEJUARAAN INI..Trw DEDIKASIKAN KEJAYAAN INI KEHADAPAN DYMM ALSULTAN KITA SERTA SELURUH ANOK KLATE SERTA PENYOKONG TRW SELURUH DUNIA...inilah bukti KLATE BOLEH asalkan kita Ada perancangan Yg Baik Dan kesungguhan Dan ikhlas bekerja sepasukan...SET KITA JANGE PPECOH!!



~Yie Chanturo, TRW

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...