Jun 15, 2012

Pantun Khas buat sahabat Wanita...

tutup aurat satu tuntutan
dalam keluarga wajib tekankan
kalau tak ikut gunalah rotan
demi melaksanakan perintah tuhan


aurat ditutup mestilah lengkap
tudung litup termasuk skaf
tudung mini pun orang cakap
elok di pandang x payah make-up


kalau wanita menutup aurat
orang jahat tak berani mengurat
bahkan boleh menjadi ubat
orang memandang boleh bertaubat


pakaian moden memanglah hebat
harganya mahal serta ketat
walaupun cantik tetapi singkat
pemakaiannya pun tunjuk pusat..


kasut tumit tinggi cuba jauhi
kerana ia menghasilkn bunyi
akan menarik perhatian lelaki
perbuatan ini dibenci ilahi


kalau nak ikut nasihat ini
jangan menangguh ubahkan diri
benda baik x payah di puji
akan terserlah akhlak terpuji


kepada semua sahabat lelaki
jangan tergelak wanita diperli
keluarga kita tak terkecuali
lebih-lebih lagi makwe sendiri


mestilah kita sematkan iman
menutup aurat sepanjang masa
ke sana ke sini terasa aman
keluarga jadi contoh teladan




yang baik datang dari ALLAH dan yang buruk dari kelemahan saya sendiri... :)


original by Sitiey Suehaila, tq.

4 comments:

  1. ade maksud tersirat n tersurat...msing2 perlu beringat..thanks =)

    ReplyDelete
  2. wanita adalah perhiasan dunia yg plng cntik sekirany mereka tahu menjaga dri mereka..aurat mereka..agama mereka dan juga amanah mereka..hehehe

    ReplyDelete
  3. tq...sememangnye tugas kita dimuka bumi Allah adalah melakukn amalanNya serta memberitau hamba2Nya yg lain akan sesuatu ilmu atau peringatan...sy dh buat tugas sy...alhamdulillah...pahala @ dosa..itu sy serah pd Allah Al-Aziz(yg tiada tolok banding)...serta cr la kamu akan apa yg tersurat & tersirat ddlm pantun itu....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...