Aug 24, 2011

Speedtrap Area on the road for Raya Festival


Okayla...hari ni sebenarnya saya akan berangkat pulang ke kampung halaman saya di Kota Bharu, Kelantan....dan dikesempatan ini ingin saya ucapkan

'Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri 1432'

yang akan tiba nanti kepada semua pembaca serta follower saya...terima kasih saya ucapkan...juga mohon

'Maaf Zahir Batin'

dari saya...andaikata tersalah silap bahasa saya gunakan semasa berbicara dengan anda semua mahupun di alam maya atau alam kehidupan...disini saya ingin kongsikan beberapa maklumat penting kepada semua pengguna kenderaan untuk balik ke kampung masing-masing....namun harus diingat berhati-hatilah anda semua di jalanraya...ingatlah orang yang tersayang yang menunggu kepulangan kita di kampung halaman....

Biar Lambat Asal Selamat...Pandu Cermat Jiwa Selamat....


Berikut adalah kawasan-kawasan speedtrap:
PLUS Arah Utara(dari KL):

1- Km 197.1, Km 198.8 & Km 204.3 selepas exit Kemunting
2- Km 208 & Km 214.8 sebelum exit Kemunting
3- Km 271 berdekataan exit Ipoh Selatan
4- Km 274.4 berdekatan exit Ipoh Utara
5- Km 286.9 berdekatan exit Simpang Pulai
6- Km 296 berdekatan exit Gopeng
7- Km 352.6 selepas exit Sungkai
8- Km 373 berdekatan exit Slim River
9- Km 241.9 berdekatan exit Kuala Kangsar
10- Km 308.6 selepas exit Gopeng
11- Km 252 masa turun bukit selepas terowong Menora
12- Km tak pasti tapi betul2 di R&R Gurun
13- 2 km after tol Juru (90km/j)
14- 5 kamera di atas jambatan pulau pinang (so slow je la kat situ)

Plus Arah Selatan:
1- Km 289 sebelum exit Nilai Selatan
2- Ada 3 kamera antara Km 255 - Km 249 (Persimpangan Seremban - Senawang)
3- Km 253 selepas exit Senawang
4- Km 213.9 selepas exit Alor Gajah
5- Betul2 di exit Jasin
6- Km tak pasti tapi selepas hentian sebelah Tangkak
7- Km juga tak pasti tapi jambatan pertama selepas exit Yong Peng utara
8- Km 97.3 selepas exit Air Hitam
9- Betul2 di exit Sedenak

Plus Tengah:
1- Km 456 selepas exit Sungai Buluh
2- Betul2 di exit Bukit Lanjan
3- Betul2 dibawah Restoran Jejantas Sg Buloh
4- Km 302.8 berdekatan exit Kajang
5- Km 296.5 & Km 297 berdekatan exit Bangi

NKVE
1- 300 meter sebelum tol Jalan Duta (60 km/j)
2- Selepas cabang jalan ke tol Jalan Duta (80km/j)
3- Betul2 di exit Damansara
4- Km 11.2 berdekatan rel keretapi
5- Betul2 di exit Shah Alam

Jaga-jaga

KESAS
1- Km 44.8 berdekatan exit LDP
2- Berhadapan Endah Parade
3- Betul2 di exit Hicom

ELITE (Dari arah KLIA)
1- Km 4.8 selepas exit Batu 3
2- Km 2 - Km 4 atas jambatan berdekatan Makro
3- Betul2 kat bawah restoran jejantas USJ
4- Km 10 sebelum exit USJ

JALAN PERSEKUTUAN
1- Bersebelahan Hotel Mint
2- Berdekatan Esso kat exit Salak Selatan
3- Berhadapan dengan Istana Negara
4- Berhadapan dengan Muzium Negara
5- Kawasan turun bukit selepas pekan Raub (Menghala Kuala Lipis)
6- 2 km sebelum pekan Maran (Arah Kuantan)
7- Area Paya Bungor

Okay ye...jumpa lagi dilain masa dan lembaran...semoga kita semua selamat sampai ke destinasi masing-masing untuk berhari raya bersama keluarga dan sanak saudara yang tercinta.....

Aug 16, 2011

Maverick the SEXY Restaurants

Warning!!! Above 18yrs old only...

To it's discerning clientele, Mavericks is indisputedly the best club in Cape Town… relax in stylish bars and VIP lounges, or feast on fine food in upmarket restaurants, while hot sexy girls tantalise with adult entertainment.

Top 5 Sexy Girls

Tags:
Olivia, Ciara, Jennifer Lopez, Beyonce, Shakira, Singers, Sexy, Girls, Controversial Titles

Lelaki adakah kamu pelindung atau pelingkup wanita?

Di bahu lelaki, terletaknya tanggungjawab lebih besar untuk mengemudi bahtera kehidupan. Malah di atas bahu ciptaan Allah jua, kita diminta untuk melindungi wanita, golongan yang lemah berbanding kita, kaum Adam.
Menarik benar Malam Amal Raudatus Sakinah 2010 yang dianjurkan Pertubuhan Jemaah Islam (JIM), pada tahun lepas. Program yang berlangsung di Shah Alam Convention Centre (SACC) dianggap sebagai wadah terbaru organisasi berkenaan mengutarakan tanggungjawab mereka kepada masyarakat. Lebih menarik sebenarnya, apabila slogan yang dijadikan tema pada program berkenaan mempertaruhkan hanya tiga perkataan. Namun ia semestinya menarik perhatian bukan setakat peserta yang hadir. Lebih dari itu, ia perlu dihayati setiap insan bergelar lelaki.

Hilangnya Seri Hari Raya Dek Hiburan

Amalan berziarah sememangnya amalan yang amat dituntut oleh islam. Amalan berziarah dapat mengukuhkan ukhuwah di samping kita dapat mengambil berat tentang keadaan insan lain serta keluarga mereka terutamanya golongan fakir miskin, orang sakit atau orang yang baru meninggal dunia.

Dalam menjalani kehidupan ini, manusia dijadikan Allah untuk saling bergantung antara satu sama lain dalam usaha memenuhi keperluan fizikal, mental, emosi dan rohani. Amalan berziarah pada umumnya dapat memenuhi keperluan emosi dan rohani insan. Ketika berziarah, dengan bersalaman, bermaafan serta bertukar-tukar khabar, kita dapat berkongsi rasa lalu mampu memberikan ketenangan emosi buat diri. Amalan berziarah memberikan peluang kepada anggota masyarakat untuk saling mengenaliserta mewujudkan perpaduan di kalangan umat.


Namun kini, amalan berziarah dan berkunjung kian makin mengikis dalam sanubari terutama golongan remaja, lantaran pada hari Raya yang mulia ini banyak masa dihabiskan dengan melepak di rumah atau menonton rancangan hiburan. Sedar atau tidak, ramai di kalangan kita tidak mengenali saudara mara malah sepupu sendiri ekoran sikap kita yang ‘leka’ dalam dunia sendiri sehingga tiada masa untuk berkunjung ke rumah saudara mara. Jangan terkejut jika suatu hari nanti bakal mertua yang kita kunjungi itu sebenarnya ada kaitan saudara dengan kita! Sehubungan dengan itu, Dara.com berkesempatan menemu bual dua orang penceramah dan juga pendakwah bebas iaitu Ustaz Mohamad Zahazan Mohamed dan Ustaz Abu Hassan al Ash’ari Zakaria bagi mengulas dan mengupas berkenaan amalan berkunjung dan bermaafan yang kian menipis ekoran leka dengan hiburan.


Syawal peluang untuk berziarah

Menyuluh daripada pandangan Ustaz Zahazan mengenai isu ini, beliau merujuk kepada fi rman Allah SWT yang bermaksud: “Sebenarnya orang yang beriman itu bersaudara maka damaikanlah di antara dua orang saudara kamu itu, dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beroleh rahmat.” (Ayat 10, Surah al-Hujurat). Sememangnya amalan ziarah dan kunjung mengunjungi ini memberi manfaat yang amat besar dan faedah yang berguna dalam konteks persaudaraan dan perpaduan ummah.

“Keunikan perayaan Aidilfi tri pada bulan Syawal yang mulia ini menyediakan peluang terbaik untuk kita saling menziarahi antara satu sama lain. Ini kerana pada ketika ini proses komunikasi akan dapat berlaku dengan lebih terbuka. Situasi tersebut juga dibantu dengan perasaan kegembiraan menyambut Aidilfi tri secara kolektif di kalangan umat Islam,” katanya. Namun begitu, terdapat segelintir remaja pada hari ini yang lebih cenderung untuk menonton rancangan televisyen kegemaran, bermain permainan komputer atau melayari Internet di rumah daripada mengikut ibu bapa menziarahi sanak saudara.


Jelas Ustaz Zahazan lagi, antara punca yang menyebabkan berlakunya situasi sedemikian adalah kerana kurangnya penerapan terhadap pengamalan budaya kunjung mengunjungi. Bahkan faktor tarikan hiburan multimedia yang tersedia ada turut mempengaruhi corak aktiviti seharian anak-anak remaja, lantaran itu ada yang lebih leka dengan hiburan. Sehubungan dengan itu, asuhan dan didikan ibu bapa adalah sangat penting dalam usaha menerapkan amalan berziarah di kalangan anak-anak kerana ibu bapa adalah orang yang paling dekat dengan anak-anak sepanjang tempoh pembesaran mereka.


“Pertamanya, nilai kekeluargaan dalam sesebuah keluarga itu perlu disuburkan dan kemudiannya diperluaskan kepada keluarga besar yang merangkumi datuk, nenek dan saudara mara yang lain. Selain itu ibu bapa juga boleh membawa anak-anak mereka menziarahi kaum keluarga atau sahabat handai. Maka, ibu bapa itu sendiri secara tidak langsung perlu melaksanakan amalan berziarah agar menjadi ‘role model’ buat anak-anak. “Ibu bapa perlu menunjukkan contoh yang baik seperti memberi salam sebelum masuk, bersalaman serta bermaafan dengan tuan rumah dan sebagainya. Oleh itu, anak-anak juga dididik untuk melakukan perkara yang sama,” tokoknya lagi.


Perlu ada pengawasan

Ditanya tentang ziarah bagi golongan kanak-kanak yang lebih dianggap sebagai peluang untuk mereka mendapatkan duit raya, Ustaz Zahazan, menjelaskan ibu bapa perlu memantau anak-anak mereka dari berkunjung ke rumah orang yang tidak dikenali. Akuinya, pada kala lebaran, kebanyakan tuan rumah yang beragama Islam bermurah hati untuk memberi duit raya kepada kanak-kanak yang datang berkunjung.

“Pada masa yang sama, ibu bapa juga perlu memikirkan soal keselamatan anak-anak mereka yang pergi berziarah kerana mereka mungkin bakal terdedah kepada risiko kemalangan, pengaruh negatif rakan sebaya atau ancaman jenayah seperti kecurian, peras ugut, rogol atau penculikan. Oleh itu pertimbangan ibu bapa untuk memberi kebenaran kepada anak-anak untuk berziarah perlu mengambil kira faktor keselamatan berkenaan,” jelasnya.


Tambahnya lagi, amalan berziarah tidak hanya terbatas untuk dilakukan dalam bulan Syawal semata-mata tetapi juga turut dituntut untuk dilaksanakan dari semasa ke semasa. Manfaatnya, perpaduan di kalangan umat Islam akan sentiasa terpelihara di samping berperanan sebagai medium dakwah yang berkesan dalam mendekati segenap lapisan masyarakat.


Peranan ibu bapa

Bertanyakan isu yang sama kepada Ustaz Abu Hassan al Ash’ari Zakaria, ini jawapan beliau. “Dalam hal ini saya berpendapat ibu bapa perlu bersikap tegas dan paling penting, beritahu lebih awal program yang dirancang supaya anak boleh bersedia. Mungkin ada antara anak terutama yang remaja mempunyai rancangan sendiri. Beliau tidak menafi kan generasi muda hari ini kurang berminat mengikuti ibu bapa atau ahli keluarga berkunjung ke rumah saudara mara dan penjelasan perlu diberikan supaya mereka memahami hikmah di sebalik amalan tersebut.

Hakikatnya ketika kita melaksanakan amalan berziarah, agar ia berhasil mengeratkan ukhuwah, membawa keberkatan dan kesejahteraan serta menjadi ibadah yang diterima Allah. “Inilah masa anak-anak remaja hendak mengenali siapa saudara mara; pak cik, mak cik, sepupu, nenek, datuk dan sebagainya yang sudah lama tidak berjumpa. Menziarahi akan merapatkan lagi ikatan kekeluargaan kerana ikatan yang longgar boleh menimbulkan banyak masalah,” jelasnya.





Kredits to: Majalah Dara.com

KRU betulkan kenyataan Isu Status Perkahwinan Yusry dan Lisa Surihani


Lisa sedang memberikan jelingan manjanye pada Yusry

 Hubungan Yusry Abdul Halim dan Lisa Surihani semakin hangat diperkatakan. Berikutan pendedahan eksklusif di dalam sebuah akhbar tempatan baru-baru ini mengenai perkahwinan mereka, Yusry dihujani dengan pelbagai soalan untuk pengesahan berita tersebut.

Berikut adalah kenyataan akhbar berhubung pembetulan kenyataan status perkahwinan Yusry dan Lisa.


Aug 12, 2011

Sifat Wanita Solehah

 Wanita solehah itu aurat dijaga,
 Pergaulan dipagari,
 Sifat malu pengikat diri,
 Seindah hiasan di dunia ini.

Betapa besarnye kelebihan Surah Al-Ikhlas...

 Disini ingin saya kongsikan bersama-sama anda semua ilmu tentang sesuatu yang amat berharga jika anda membaca surah Al-Ikhlas...mari kita sama-sama baca apa kelebihannya......

Utk membuat iklan-iklan berkaitan blog anda dibawah post

Anda mungkin fedup memikirkan cara macammana nak buat iklan-iklan berkaitan blog anda di post anda...
Ha ini caranye...sila klik 'read more' untuk info seterusnya...

[Kisah Benar] Pengalaman semasa di Madinah Al-Munawarrah

Masjid Nabawi Al-Munawah

    Pernahkah anda sampai ke Madinah?...mungkin ade yang pernah, mungkin juga ade yang belum lagi sampai seru untuk kesana...apapun itu satu tujuan & niat yang baik untuk ditunaikan...jika anda berniat insya'allah akan ditunaikan oleh Yang Maha Esa...
Namun bukan persoalan atau cerita yang ingin saya bangkitkan disini. Yang ingin dikongsikan bersama adalah saya telah pun sampai kesana dengan izin dari Allah,Ya Rahman Ya Rahim...saya pergi kesana dengan abang saya...dan dari beberapa tunjuk ajar dari beliau saya gunakan untuk menjalankan aturan cara-cara membuat Umrah...

Cara-cara nk buat button like FB kat blog

Anda tentu inginkan sessuatu seperti yang saya juga ada...betul tak?...jom tengok mcmne...

Mati ketika sujud?....Ajal tidak kenal dimana tempat....

Sesungguhnye ajal ade dimana-mana tidak kira dimana kita berada...lihatlah betapa suci dan murni hamba Allah ini meninggal dikala tengah menunaikan solat....

Hangat!!!...Remaja jual badan!!!...18SX!!...

Kuala Lumpur (The Star/ANN) :
Seorang remaja yang masih bersekolah di peringkat sekolah menengah di Malaysia didapati meraih pendapatan RM30,000 (US$9,955) pada penghujung cuti sekolah tahun lepas dengan cara menjual tubuh badannye, mengikut sumber Malaysian newspaper China Press.

Berada di 3 Alam!!!....Kisah benar #3!!...

Assalamualaikum...kekawan sumer...

Ini merupakan sambungan kepada kisah saya yang mana saya kemalangan dan berada didalam keadaan koma. Okay mesti korang nk tau kan macammana atau ape itu koma?....betul tak?...

Segmen: We Got Connected!!!.....

 
Segmen ni dilancarkan oleh Korie... tak kenal?  tak kisah kan...saya pun tak kenal...tapi ini bertujuan memudahkan Blogwalking....baca seterusnya...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...