Jul 10, 2012

Aku,Kau dan Dia #Part 3


Sambungan #Part2

  Pada Part 2 cerita terhenti pada menunggu jawaban yang belum pasti....ya...dan sememangnya jawaban itu masih belum diperolehi....namun ade cerita sementara menunggu jawaban itu keluar darinya...aku sendiri tidak pasti apakah yang akan diberikan oleh si dia ♥...seterusnya.....

  Semalam ku kembali seperti biasa lepak makan dan minum serta layan Red Genky Shisha....dan seperti biasa ku akan menunggu kedatangan si dia ♥...walaupun ku tahu disitu juga ujud saingan terdekat dengan aku...namun apa salahnya ku meluahkan isi hatiku yang mulia ini...bukan begitu?...apa kata anda?...

  Juga seperti biasa tetiba dia datang bersama-sama rakan-rakannya....dan ambil port duduk seperti biasa...dan rakanku juga datang selepas beberapa minit selepas itu...dan kami berbual seperti biasa tentang hal-hal normal tiada yang berbentuk peribadi...kerana disudut hatiku aku tahu aku perlu hormat pada pendirian sainganku yang juga merupakan sahabatku....namun aku tak tahu sejak bilakah beliau dah kenal ngan si dia ♥...mmm...biarkan bab tu...itu bukan hal dan cerita yang ingin disampaikan...
  Tengah asyik bercerita tetiba si dia ♥ berkata...~'Ala peningla..jomla kita pergi karaoke...saya nak ilangkan tension ni...' mengajak member-membernya serta kami berdua...Aduhai...dalam kepala otak aku berfikir.. aisey,aku tengah kopak ni...mm...xpe la join je la....namun disuatu sudut lain hatiku sebenarnya tak bersetuju dengan apa yang kepala otak yang memberi signal itu...terus kami pergi berlalu dan ke tempat karaoke dan setibanya disana kami ambil bilik dan terus menyanyi lagu-lagu kegemaran masing-masing....tetapi sebenarnya lagu-lagu pilihanku ada maksud yang ingin disampaikan padanya....entahlah dia ♥ paham atau tidak...biarkan je la...janji aku dah terangkan melalui tersurat dan tersirat...itulah sifat aku...sering menyatakan sesuatu melalui sesuatu....dan dari sudut pandanganku dia dapat tangkap apa yang tersurat itu.....cuma mungkin ada satu sudut fikiran lain yang membataskan dia untuk memberikan apa-apa reaksi padaku....dan malam itu berlalu pergi begitu...dan aku gembira walaupun aku tidak lagi dapat jawaban yang kunanti-nantikan...
  Hari ini datang lagi aku ke tempat tersebut seperti biasa dan kerana tujuan untuk aku jalankan sedikit part time menjual baju-baju kanak-kanak pada penjual restoran di kawasan tersebut. Aku order makan dan minum seperti biasa...dan kedatangan si dia ♥ dan rakan-rakan juga seperti biasa...Hatiku sejuk dan gumbira setiap kali melihat kedatangan beliau dan rakan-rakannya...entahlah..aku pun tak tau kenapa...tapi itulah kenyataannya...dan seperti biasa rakanku ada disisi mereka...dan aku mula join juga sambil sembang-sembang...dan kali ni member aku pula yang mempelawa mereka untuk berkaraoke...dan aku terus menjawap: 'Jom, takde hal harini abang belanja...sumer on the house' kataku...ntah dari mana lak kata-kata tu keluar...aduyai aku pun tak pasti...mungkin aku terlalu excited untuk semakin mendekati dengan beliau...dan kami terus berlalu untuk ke tempat karaoke....tetapi kali ni aku yang pilih lokasi kerana pada hari yang sebelum ni tempat tu agak takde preparation yang bagus untuk sound system mereka dan membuatkan apabila kita menyanyi macam harem...Dan seperti sebelum ni masing-masing memilih lagu masing-masing...dan aku ade agenda aku yang tersendiri...yakni meluahkan hatiku melalui lagu...dan kali ini aku agak bernasib baik kerana hampir semua lagu yang ada disitu dapat aku gunakan sepenuhnya untuk luahan perasaan aku terhadap dirinya♥ dengan ikhlas,tulus,suci,jujur dan murni...dan itu semua lahir dari hatiku yang sebenar-benarnya,tiada yang dusta atau mahu mempermainkan perasaan seseorang wanita...kerna aku tau bagaimana sakitnya jika kita mempermainkan hati dan perasaan seseorang itu....'Ikhlas dari saya...saya memang sayang awak walaupun bukan sepenuhnya lagi...kerana saya masih tak dapat kasih sayang dari awak...tapi jika saya dapat...insya'allah akan saya tunaikan apa yang sepatutnya saya lakukan terhadap diri awak....saya akan sayang awak lebih dari sekarang....malah mungkin lebih lagi tindakan yang saya ambil untuk menjaga awak...'~kata-kata hatiku....sambil menyanyikan lagu-lagu yang dipilih....dan setelah abis waktu kami kembali ke tempat lepak...Dan kali ni aku sangat puashati kerana...aku dah luahkan sepenuhnya dengan sejujur-jujurnya....dan biarlah hatinya yang memberikan jawapan yang ikhlas...



  Dan buat pengetahuan sumer,sebenarnya pada hari ni saya telah berterus terang direct dengan saingan saya yang juga merupakan sahabat juga, menyatakan bahawa saya sebenarnya mempunyai hati dan perasaan pada orang yang sama...dan saya terus menanyakan juga padanya...'Bro, sorry..aku nak tanya sikit..peribadi skit...okayla jujurlah aku nak tahu kau dan si dia ni serius tak?....' dan sahabatku menjawab 'Hmm...apapun kita tunggu 19hb...aku rasa kau pun ade dengar tadi masa sahur aku borak dengan dia kan...19hb aku nak bagi jawapan...'....Hmm...ok...kita sama -sama tunggu...dan baru ku tahu apa masalah sebenarnya yang dihadapi si dia....tapi mungkin tak penuh lagi...walaupun begitu itu adalah haknya...aku tak mau campur bab tu selagi aku bukan miliknya....ataupun bukan milik sahabatku....

  ~Aku bukan mengejar kecantikan seseorang tapi aku dapat melihat sesuatu pada isi hati si dia...yang membuatkan aku jatuh cinta....kecantikan yang ada pada dalaman dirinya....mungkin belum sepenuhnya...tapi cukup untuk membuat aku jatuh hati....dan aku sayangkan dirinya....dan seperti yang telah ku pernah nyatakan pada kedua-duanya...jagalah sebaik mungkin jika serius...sebab aku lagi serius dari semua sudut...cuma aku perbataskan semuanya hanya kerana seorang sahabat yang juga aku hormati....Walau apapun jawapan yang akan aku dapat nanti aku takkan kecewa...sebab aku tahu...Cinta aku adalah yang paling mulia dan teragung....tulus lahir dari hati yang murni...jika tidak berbalas tidak mengapa...mungkin itu qada & qadar dari Allah...namun aku harus berusaha...untuk mencari satu kasih sayang yang akan ku gunakan sepenuh jiwa ragaku sehingga akhir hayatku....bukan untuk hanya sesuatu tempoh....aku adalah insan yang mencari jodoh untuk dijadikan isteri yang sah dari segi ugama....bukan hanya untuk mncari perempuan jalanan sekadar untuk suka-suka....itu bukan sifatku.... Aku amat cintakan dirimu....namun jika dirimu menyayanginya sepenuh hatimu, aku rela melepaskanmu hanya untuk dia tapi hatiku akan tetap sayangi & cintai dirimu sepertimana aku sayangi dirimu sekarang~
dan sebuah lagu khas buat dirimu oh Riesha Runesha...terimalah...maafkanku...aku terpaksa menyatakan namamu...kerana cinta sejatiku...





Sekian......ikhlas jujur dari hati......Cinta Teragung....
Kita sambung lagi dilain masa...nantikan kemunculan #Part 4.....

2 comments:

  1. semoga kau mendapat cinta yg kau cari ni bro. semoga cinta ni menjadi cinta yg kekal abadi dan di sudahi dengan pernikahan hingga ke akhir hayat. :)

    ReplyDelete
  2. gudluck bro
    lmbt aku view crta nie
    sbb hri tue tenet lmbt

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...