Jul 10, 2012

Aku,Kau dan Dia #Part 5


Salam buat sumer pembaca setia siri ini...harap siri ini menceriakan anda dan mengkhusyukkan anda dengan sebuah kisah yang mungkin juga berlaku pada anda. Siri ini mungkin yang terakhir atau mungkin juga bersambung lagi...kita tengok nanti...ok dah dah bosan kan...jom kita layari sambungan seterusnya dari #Part 4....


  Aku seperti biasa keluar dari tempat kerjaku menuju ke port biasa untuk berbuka puasa. Setibanya disitu ku lihat rakan-rakanku sedang mengemaskan meja-meja untuk memulakan perniagaan shisha, aku terus duduk di salah satu meja makan dan as normal order makanan dan minuman untuk berbuka nanti...Namun sebenarnya aku ada agenda yang harus kubuat pada hari ini demi seorang rakan yang aku sayang...

   Makanan dan minuman telah tersedia, tak lama kemudian azan berkeudara menandakan sudah masuk waktu berbuka puasa...ape lagi makan laaa...yumyum...puas...puasa mengajar kita erti kesabaran...Dan selepas itu hadirlah Dia(sahabatku) serta Kau(si dia yang aku cinta) dan rakan-rakan yang memang ku tunggu-tunggu...Setelah ku fikirkan akan bantahan-bantahan dari sahabat-sahabatku yang lain serta jauh dari sudut lubuk hati aku...aku tekad aku akan sampaikan apa yang patut pada malam ini juga...Melihat kelibat yang ditunggu sudah tiba aku mula memicit-micit teponku untuk menghantar message yang menyatakan hasratku yang jauh tersimpang dari hajat sebenar naluri aku...

  Aku menghantarkan pesanan yang berbunyi...'Awak, atas apa yang saya telah fikirkan serta banyak hati yang saya nak kena jaga...saya rasa saya perlu undur diri...[padehal hati aku meronta-ronta kesakitan semasa menaip...sakitnya...pedihnya....] demi untuk sebuah kebahagiaan bagi awak dan Dia...saya sanggup apa saja demi sahabat saya sebab saya sayunk sahabat-sahabat saya...walaupun ia akan melukakan mahupun membunuh hati saya...Awak, saya lakukan ini sebab saya sayunk awak sepenuh hati saya bukan sebab lain...saya hanya nak lihat awak heppy, gembira selalu...saya duka tidak apa...saya menangis pun tak apa...asalkan saya dapat tengok awak dan Dia bahagia...dan pesan saya, jagalah Dia elok-elok...jangan sesekali awak lukakan hati Dia....ingat ye pesanan ini...tolong jaga diri masing-masing...dan jika ada masalah, datanglah nak rujuk pada saya...saya akan bantu selesaikan...' -dan untuk pengetahuan awak, sebenarnya tujuan saya amat murni...saya ingin ubah awak dari sifat sekarang kepada yang lebih baik kerana saya terlalu amat sayunkkan diri awak seikhlas hati saya malah jauh dari sudut dunia ini kasih saya terhadap diri awak...Aku cintakan kamu...sepenuh jiwa ragaku...saya tahu awak tu macammana dan apa yang awak lakukan selama ni....sebab tu saya nak ubah sebab saya terlalu sayunk, kasih, cinta awak-(ini tiada dalam message tersebut) dan pesanan itu ku hantarkan padanya...serta 'forward' pada si Dia....selesai apa yang dihajatkan...

  Aku terus lepak lagi dan buat seperti biasa...seperti biasa juga sahabat-sahabatku ni selalu pasangkan irama lagu-lagu bagi menarik pengunjung...dan tup...keluar satu lagu yang amat menyentuh hati aku...sehingga aku tak dapat mengawal hati dan perasaan aku...mataku mula kemerahan....dan mula terasa titis -titis airmata dikelopak mataku...Ni takley jadi ni bek aku nyorok... Kau dan Dia ada ni kat sini...aduhai....zass aku menghilangkan diri dan duduk dibelakang keretaku...airmata yang nak keluar tadi terus mencurah-curah tanpa henti dengan rasa sebak yang mendalam menusuk kedalam hati dan jiwa aku...tak dapat aku menahannya...betapa suci dan agungnya cinta aku yang nak aku sampaikan kedalam hatimu...namun ianya hanya mampu ku titiskan airmata bagi menyatakan cinta, kasih dan sayunkku terhadap dirimu tanpa kata yang sempat aku ucapkan buatmu...tiada ruang bagi aku....ku lepaskan airmata itu berlinangan sehingga ianya habis membasahi mukaku tanpa belas dan esakan yang menusuk ke dada...Buatmu, 'Aku amat kasih, sayunk...dan aku amat cintakan dirimu....' disini sajalah yang aku mampu ucapkan kata-kataku....

  Sesudah airmata yang mengalir itu dah berhenti, aku cepat-cepat menghilangkan kesan-kesannya..dan acting macam tiada apa-apa berlaku dan terus kembali ke meja tempat aku duduk tadi...dan terus lepak sehingga habis waktu sahabatku berniaga....aku kembali ke rumahku dengan suatu perasaan yang tak mungkin dapat ku hilangkan dari tubuh badanku....namun aku rela demi sebuah persahabatan....Dia memang tak kenal aku lagi...aku lebih sayunk seorang rakan dari hati aku....jika ianya melibatkan kisah hati ke hati....apapun aku berdoa agar Kau dan Dia kekal begini selamanya...sehingga jinjang pelamin...malah hingga anak cucu...dan aku tumpang gembira walaupun jauh disudut hatiku ini pasrah.....

Aku pasrah namun jika ada peluang...ku sanggup tunggu sampai bebila pun masa tu nak datang....jika hatinya mungkin berubah...hanya mengharap sesuatu yang tak pasti....



lalu aku menjerit: 'Eisha!!!...Aku cinta padamu!!!.....Aku sanggup tunggu...kasih dan sayunkku sampai mati...hanya padamu...' ~andainya dia dapat mendengarnya....

2 comments:

  1. seems like...tp belum lagi...part 6 akan nyusul...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...