Sep 19, 2011

Anda Ragui Perubatan Moden?


Disini saya ada sedikit info untuk dikongsikan bersama semua rakan-rakan, follower-follower, serta pengunjung-pengunjung blog ini. Ia adalah mengenai taraf dan dekripsi tentang perubatan moden sekarang ini yang mana mungkin sesetengah penduduk di kota mahupun di desa masih meragui akan keislaman perubatan itu. Mari kita singkap melalui kata-kata dari seorang Profesor serta doktor dari Universiti Sains Malaysia.

Doc berkata(nama terpaksa dirahsiakan): Pengamal Perubatan Islam termasuk seorang doktor yang sedar bahawa penyembuhan sebenar bergantung kepada ALLAH ie yang mengamalkan perubatan moden bersama dengan mendoakan untuk pesakit ie Membaca bismillah dan Doa sebelum prosedur, menerapkan nilai-nilai dan prinsip Islam mengikut Al-Quran dan Hadith dalam penjagaan dan perawatan pesakit (spt menyebarkan salam, menjaga aurat dan tatasulila muhrim, solat hajat dan lain lain).

Banyak kes-kes datang hospital lewat kerana berubat secara 'tradisional Islam' terlebih dahulu sedangkan mereka tidak sedar perubatan moden juga adalah perubatan Islam, malah ada perubatan tradisional yang boleh menyebabkan kesan sampingan malah ada juga yang melanggar akidah apatah lagi menyebabkan penyakit lebih advanced dan teruk. Ini banyak berlaku dan masih lagi berlaku pada zaman ini yang mana tidak sepatutnya terjadi lagi. Namun jika sakit itu adalah yang datangnya dari rohaniah maka perubatannya adalah dengan cara Islam juga bukan dengan mencari bomoh atau yang seangkatan dengannya, yang mana mungkin akan menyebabkan kita juga terpesong akidah kita terhadap Allah S.W.T...Nauzubillah...Wallahualam...



Ayat-ayat Al-Quran sebenarnya banyak menceritakan perkara-perkara tentang sains yang hanya difahami oleh orang berilmu Sains yang tidak difahami oleh masyarakat umum apatah lagi orang berilmu agama sahaja. Seperti Sains pasal pergerakan lapisan gunung-ganang, Bumi, prinsip fibonacci, Cakrawala, black hole, buah-buahan, embryo, Lapisan laut semuanya ada diceritakan dalam Al-Quran dan hanya dapat dikagumi kehebatannya oleh pakar-pakar yang tahu serta orang yang mempunyai ilmu dibidang tersebut...
Oleh itu, pada pendapat saya, perubatan moden adalah perubatan Islam jika doktor-doktor dan para petugas adalah yang tergolong dalam ilmu agama kita dan sememangnya mendalami dan menganuti ugama kita yakni Islam. Jadi dengan itu tidak perlulah kita untuk tidak menyakini apa yang telah mereka usahakan, namun harus diingat...mereka hanya berusaha untuk menyelamatkan dan mengubati seseorang dan hanya Tuhan yakni Allah sahaja yang menentukan akan kejadian dan penyembuhan itu yang mana juga hasil atau tindakbalas dari hasil doa-doa sanak saudara, rakan taulan dan ramai lagi yang mungkin mengubah Qadar yang akan ditentukan oleh Yang Maha Esa. Semoga dengan info ini akan memberi maklumat yang lebih jelas kepada anda semua. 

Terima kasih..see u all again...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...