Sep 15, 2011

Apabila Pelajar Sains Bercinta

 
Disini saya ingin kongsikan sebuah kisah yang berlaku diantara seorang kekasih dan kekasih yang mana mereka berada didalam kelas aliran sains...mari kita lihat cara percakapan mereka apabila mereka bersuara....jom jom kita tengok...
Aku : Kasihku, ketumpatan cintaku padamu ialah jisim hatiku di bahagi isipadu jantungku.
Masihkah kau tidak membuat sebarang anggapan??

Kau : Aku tidak percaya kepadamu kerana kau ada kekasih baru untuk
menjalankan tindak balas penggantian ke atas diriku.

Aku : Kau jangan salah ertikan kecerunan garis lurus hatiku ini,
kerana aku dan dia masih lagi unsur dan bukannya sebatian.

Kau : Tapi, aku berasa seperti kasihmu berkadar songsang dengan
kesetiaan yg kuberikan.

Aku : Tapi, cintaku padamu adalah pemalar!

Kau : Aku masih belum mengerti lagi kerana penyelesaian yang kau
berikan masih lagi belum sahih.

Aku : Tapi, aku mengamalkan hukum newton ketiga di mana tindak
balas cintaku bersamaan dengan cinta yg kau berikan.

Kau : Kau jangan bohong! Aku telah mengetahui bahawa kau adalah
'random' yg mempunyai janji-janji manis yg bergerak secara rawak.

Aku : Itu adalah fitnah yg telah tersebar melalui proses
pencaran dan perolakan.

Kau : Tetapi, mengapa kau membuat tempoh perkahwinan
kita mengalami rintangan?

Aku: Aku harus menggunakan perintang boleh laras
untuk mengurangkan rintangan itu.

Kau: Adakah kita akan berpadu secara kimia?

Aku: Itu masih belum diketahui, tetapi hasilnya nanti
dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop cahaya.

Kau: Aku khuatir kau akan bertemu dengan yg lebih aktif dan
bertindak balas dengannya.

Aku: Nampaknya, kita sedang bercinta tiga segi dan haruslah menggunakan
hukum-hukum penyelesaian segi tiga untuk menyelesaikannya.

Kau: Tapi, aku telah memberi cintaku dalam magnitud dan arahnya sekali.
Masihkah kau tidak percaye?

Aku: Ya, aku percaye. Tetapi aku mahu semua itu dalam bentuk lazim.

Kau: Itu semua boleh diabaikan, yang aku mahu ialah tempoh perkahwinan
kita harus mengalami pecutan yg seragam.

Aku: Kau harus bersabar, kerana sabar itu 0.5 dari iman.

Kau: Tapi, imanku adalah infiniti!

Aku: Aku tidak fikir yang iman kau infiniti kerana kau belum mendarabkannya
dengan 6x10^23.

Kau: Kau membuat kemarahanku meruap-ruap. Nanti bila tekanan ku melebihi
tekanan udara, kau jugak yg susah kerana aku akan mengalami hemolisis.

Aku: Aku sekarang bukan aku yg dulu lagi, aku telah mengalami plasmolis.

Kau: Kau betul-tul menyakitkan hatiku ini. Ku sangkakan kau intan, tetapi
rupa-rupanya kau grafit. Pergi kau dari sini. Biarkan aku sendirian... .
Kredit to: Che Hasliza

9 comments:

  1. kalau ada orang macam ni ..tension lah ~
    hahaha

    ReplyDelete
  2. sukar difahami oleh pelajar bisnes cam aku

    ReplyDelete
  3. wooiii oreee kitoo !!
    apo kobarr leni ? hahahaha

    ReplyDelete
  4. waa...xsangka dapat sambutan terlalu hangat dipasaran mcm ni...waa...nk buat lg la lepas ni....tengs to ya olls...

    ReplyDelete
  5. tipuuu.. mne ade ckp cmtu pon..

    ReplyDelete
  6. hahahaha...hnya bdk sc yg mmhmi....

    ReplyDelete
  7. walking here with a smile. take care.. have a nice day ~ =D

    Regards,
    http://www.lonelyreload.com (A Growing Teenager Diary) ..

    ReplyDelete
  8. thanx anymous...even i dunt ur name...
    also thanx to Mr Lonely...nice blog u had...keep it up...u good in english..me not..but i will keep it up..wit more stories to be read by all of ya...wait huh...all in progress...need an inspirations to create a good stories..am i rite?...huhu...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...