Sep 30, 2011

Lelaki Yang Ditarik Wanita Masuk Ke Dalam Neraka

Disini saya ingin kongsikan satu ilmu bersama anda semua untuk dijadikan pedoman dalam meniti kehidupan harian kita sebagai umat manusia yang hidup di bumi Allah.

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.


2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul-bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk si suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yang alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, suaminya tidak tinggal, maka dia juga akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

4. Anak-anak lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram disisi Islam. Bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.



Sama-samalah kita menjaga diri kita masing-masing dari terjebak ke lembah hina...mari kita kongsi ilmu bersama....

6 comments:

  1. untungla pempuan dosa kena kaver dngn orang lelaki... bertuah sungguh jadik pempuan.. ^^

    http://bulatmata.blogspot.com/2011/09/debat-lelaki-dan-perempuan.html

    ReplyDelete
  2. betul!!!!!!!!!!!!! stju gle...skrng mudah sngt dpt dosa free..

    ReplyDelete
  3. ha...tau xpe...kita yg paling senang dpt dosa....mak aii...byk dowh...

    ReplyDelete
  4. aku memang ada komen kat sini tadila... mane hilang??huhu


    http://bulatmata.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. Bulat Mata: xde pon...ni bwu ade...ko komen tmpt len kot...
    Ayuna: tau xpe...betapa besarnya tanggungjawap lelaki...sbb itu kami mohon kurangkanlah nilai hantaran tu...plezzzz.....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...