Feb 1, 2012

Gadis Misteri -#Part 1


  Kisah ini menceritakan suatu kehadiran tentang seorang gadis kedalam hidup seorang lelaki yang sedang mencari 'Cinta Mati' yakni cinta hakiki didalam kehidupan dirinya. Lelaki tersebut yang sungguh simple dan bersahaja didalam menyusuri kehidupannya terpanggil apabila menatap wajah seorang gadis yang sungguh menepati ciri-ciri yang dikehendaki olehnya.

  Lelaki tersebut yang bernama Kirina Wira, terus melangkahkan kakinya untuk mendekati gadis yang telah memukau pandangan matanya. Dalam langkahannya, dibatasi juga dengan kehadiran orang ramai yang lalu-lalang dihadapannya. Setibanya Kirina ditempat gadis itu berada, dia telah kehilangan kelibat gadis itu. 'Aik mana dah dia? Tadi ada kat sini...' kata-kata Kirina keluar dari mulutnya. 'Aduh, melepas lagi haku' detik hatinya berkata. Sememangnya dia amat ingin mendekati gadis itu yang sentiasa menggangu ruang emosi dan fikiran akalnya setiap waktu. Apa tak nya, wajah gadis itu sudah cukup untuk menaikkan ghairah bagi kaum lelaki yang melihatnya, belum lagi dilihat pada susuk tubuh badan gadis itu yang sememangnya meliuk lenggok. Namun, Kirina terus melangkahkan kakinya untuk pergi ke restoran yang terletak tidak jauh dari situ untuk mengisi perutnya yang masih kosong.

   Didalam restoran, Kirina memanggil pelayan untuk order makanan yang ingin disantap. 'Waiter..., mm..bagi saya Roti Sardin satu, then air..saya nak air Honey Dew Cincau...ok...tq'. Pelayan tersebut berlalu pergi setelah dapat order dari pelanggannya untuk menyediakan order tersebut. Kirina seperti biasa menoleh kekiri dan kanan melihat gelagat orang ramai yang berada didalam restoran tersebut serta didalam masa yang sama ingin mencari kelibat orang yang sudah terlepas dari pandangannya tadi.

Tidak lama kemudian makanannya tiba di meja. Pelayan meletakkan makanannya ke meja, dan kemudian mengambil minumannya untuk diletakkan ke meja Kirina. 'OOppss!!..' Splashhh...seorang gadis telah melanggar tangan pelayan yang memegang gelas air tersebut. Air didalam gelas tertumpah dan terpercik ke baju Kirina. Kirina tunduk melihat bajunya dan dengan perasaan geram mendongak balik untuk memarahi orang yang telah melanggar pelayan itu. Sekali, Kirina diam terpaku tanpa sebarang kata. Kemarahannya yang meluap-luap tadi hilang begitu saja. Sebaliknya dijemput duduk pula gadis yang telah melanggar pelayan itu tadi. 'Err, duduklah dulu..takpe takpe...yang tadi saya maafkan..bukannya awak sengaja pun...kan...' kata Kirina memujuk gadis itu untuk duduk bersamanya. 'Mm..ok, terima kasih..' jawab gadis itu. Rupa-rupanya tu la gadis yang dia dah terlepas tadi. Patut la tak jadi marah, dan bermulalah acara sembang suaikenal antara gadis itu dan Kirina. Berbual rancak hingga tak sedar waktu berjalan pantas. Tetiba Kirina terpandang jam sewaktu rancak berbual, 'Alamak!, dah lambat...aisey, maaf ekk...kita jumpa lagi lain kali ye...saya kena masuk ofis ni...da lewat da ni...aa...bak nombor phone you..I call you bila I free balik...k...aaaa...yang makan ni saya bayar..k,la chow' tergesa-gesa Kirina sambil memicit-micit telefon bimbitnya mengambil nombor telefon yang diberi gadis itu dan lantas berlalu pergi. Gadis itu menggeleng-gelengkan kepalanya sambil tersenyum melihat telatah kelakar Kirina yang berlalu pergi tergesa-gesa.

bersambung....

Selamat membaca semua...

*cerpen ini khas direka dan dihasilkan untuk Kirin Selama Perak

4 comments:

  1. ---> sensitif dgn nma yg ada 'rin'. heh

    ReplyDelete
  2. aa...ko tunggu akan ade....hahahahahhahaha.... :D

    ReplyDelete
  3. tak yah la.. jngn buat fanpic kat aku pulak...! <---perasan ada org nak buatkan fan pic.. egeggee..

    ReplyDelete
  4. waaa menarik!!bagitau kalau sambungan die dah ade..x sbr nih

    http://narumiaida.blogspot.com/

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...