Feb 1, 2012

Gadis Misteri -#Part 2


  Kirina berlalu pergi dan mendapatkan kenderaannya yang terletak berhampiran untuk ke ofisnya. Sepanjang perjalanan dan seperti kebiasaannya dia akan membuka radio kegemarannya 'Hot Fm' dan mendengar lagu-lagu yang syok diputarkan oleh deejay yang bertugas. Dan sekali lagu yang ditunggu-tunggu oleh Kirina keudara berkumandang. Sebuah lagu dari Band Indonesia yang semakin mendapat tempat dihati peminat-peminat dari Malaysia, iaitu lagu 'Percaya Padaku' yang liriknya sememangnya romantis.



lagu ini khas buat Kirin Selama Perak dan Amalina


  Dan apa lagi, Kirina mula membayangkan dirinya bersama gadis yang masih misteri buatnya kerana sebentar tadi dia masih lagi tidak dapat maklumat penuh tentang gadis tersebut. Kirina membayangkan saat bahagia jika bersama gadis tersebut. Ping!!!...kedengaran bunyi hon kenderaan lain dari belakang, 
'Oiii, kot ye pun jalanla...lampu da hijau...', jerit pemandu kenderaan tersebut. 
Kirina terkejut, 'Ah, bila lak aku sampai kat lampu isyarat ni...ha aduhai...kuatnye aku khayal...isk', detik benak Kirina. Kirina terus menyusuri jalan dan setibanya di opis terus memulakan aktiviti kerja hariannya seperti biasa.

  Sedang asyik Kirina bekerja, datang sahabat opisnya menegur. 'Wey, ko pegi mana lambat sampai?',tanya rakannya. 'Hah?, Ooo..aku lewat skit je..tapi kan tadi aku dapat sorunk awek tau.., Lawaa....pergh!!...kalau ko tengok..hmm...mesti tegang urat saraf ko...hahahah...', jawab Kirina sambil bergurau dengan rakannya. 'Uish...ye ke?...mana ko dapat?..sapa budak malang tu?', tanya si rakannya. 'Ada laa...mana ley bagitau kau...kan kau lak sapu...lagi malang budak tu....hahahhaha....ko tu playboy paling dangerous!...sebab kau playboy makan orang....hahahahahhaha....hah amik kau...kikikiki...', jawab Kirina bersahaja mengenakan rakannya. Rakannya mencebik, 'Ekk elehh...okay...takpe...takpe...nanti aku dapat lagi baik nyer stok ko jangan nak nyibuk...', jawab balik rakannya dengan nada agak bengang.Rakannya terus berlalu pergi meninggalkan Kirina di mejanya.

  Tetiba telefon Kirina berdering, terus dia menjawap panggilan itu tanpa prejudis. 'Hello, sapa tu?..nak cakap ngan sapa?..',tanya Kirina kerana nombor itu tidak menunjukkan nama pemanggil. 'Boley saya cakap dengan budak laki nama Kirina?', jawab sipemanggil. 'Ye, saya disini..',jawab balik si Kirina ringkas dengan muka blurr...'Hmm...awak keje habis pukul berapa?...'persis tanya sipemanggil dengan suara merdu. 'Ha?..err...saya balik keje pukul 6 petang...Kenapa?...err..awak ni siapa ekk?..', tanya Kirina balik kepada sipemanggil beserta dengan perasaan membuak-buak ingin tahu siapakah suara merdu tersebut.. 'Ala baru jumpa tadi da lupakan saya daa...isk awak ni terukla...Hmm...bkan ape lau free, ingat saya nak minta tolong hantarkan saya ke pusat pengajian saya...boleh tak?..',jawab sipemanggil. 'Ohh...takde masalah, saya akan hantar awak..mm...nak amik kat mana ye karang?',laju je Kirina menjawap. 'Aaa, kat tempat awak mula-mula tengok saya pagi tadi..boley?', jawab sipemanggil. 'Oh, Okay..', jawab Kirina. Pemanggil itu terus memutuskan panggilannya. 'Alaaa...aku nak cakap lagi dia letak pulak...iskk...',bentak Kirina. 'Oh, patutla tak kuar nama tadi..aku tak save rupanya nombor dia...wakakaka...lawakla aku..',fikir benak Kirina.
  
  Setibanya waktu yang sepatutnya, Kirina terus mengemaskan segala dokumen dan perkakas serta begnya untuk balik dan untuk menunaikan janji yang telah dia buat dengan sipemanggil. Kirina terus menghidupkan kenderaannya dan memecut laju ke tempat yang sepatutnya.

bersambung....

2 comments:

  1. oit, ada bakat la ko nih.. just panjangkan sikit... *kalau jadi penulis novel bagi tahu arr.. -->nak minta tandtngn.. hehehe

    ReplyDelete
  2. hahah....tq atas pujian...insya'allah berkat doa sahabat2....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...