Oct 1, 2011

Jadual Perlawanan Piala Malaysia 2011-Suku Akhir

Jadual Piala Malaysia 2011(edited) - Original Jadual Kredit to Liey TRW

Berikut adalah paparan Jadual Perlawanan Piala Malaysia Peringkat Suku Akhir bagi tahun 2011. Disini dapat kita lihat peluang yang boleh dikatakan 50/50 bagi pasukan Kelantan dan Terengganu yang mana mereka berjumpa sesama yang terkuat di peringkat awal lagi. Perlawanan ini bakal menjadi titik tolak kepada perkembangan dan prestasi pasukan masing-masing.

Negeri Sembilan mempunyai laluan mudah kerana hanya akan bertemu Felda United yang pada pendapat saya satu pasukan yang mudah untuk dikalahkan, manakala pasukan Sabah akan bertemu T-Team dan akan dimenangi oleh T-Team dan ini adalah jangkaan saya. Manakala bagi pasukan Selangor pula yang sememang dirundung masalah sebelum ini sudah bangkit kembali untuk menebus maruah mereka akan bertemu dengan pasukan Perak, dan saya jangkakan perlawanan ini sengit namun akan berpihak kepada Selangor jika pasukan Perak tidak mengawal sepenuhnya jentera-jentera berbahaya pasukan Selangor.

Namun saya adalah penyokong tegar pasukan The Red Warriors yakni Kelantan, amat berharap pasukan kami dapat mengalahkan pasukan Terengganu dan mara ke peringkat seterusnya dan kalau boleh menjulang terus Piala Malaysia. Insya'allah, semoga diberkati Allah akan perjuangan kami dan seluruh rakyat Kelantan Darul Naim dibawah Junjungan Duli Yang Mulia Al-Sultan Kelantan Ke-V, Sultan Muhammad Faris Petra.

Juga tidak lupa ingin saya ingatkan kepada semua para penyokong The Red Warriors, ubahlah sikap kita demi menjadi sebuah pasukan yang terbaik dari semua segi dan aspek terutama sekali buanglah sikap membaling objek,mercun dan sebagainya.
Ini yang pihak TRW dan rakyat Kelantan mahukan...bolehkah anda jadikan ianya realiti?...mari sama-sama kita jayakan...We Are The Best from The Best!....Only us!!!....Jom!....

Tetapi kita ubah jadikan kita para penyokong yang sentiasa menyanyi bersorak memberi sokongan padu dari awal perlawanan sehingga tamat perlawanan seperti yang anda semua lihat di kaca TV anda setiap kali anda lihat para penyokong Liga Premier English. Mereka adalah kaum lain akan tetapi mengapakah mereka boleh begitu berdisiplin dan bersopan. Tak mahukah anda menjadi seperti mereka?...Tak malukah anda dengan mereka?...Dua soalan berbeza dari saya yang mungkin perlukan jawapan dari anda. Lau bab artis laju je kamu nak tirukan....sengal...tu tauladan yang mulia tu yang patut kita amik....eh bersyarah lak saya....
Kelantan aka The Red Warriors

Okla papepun saya amat mengharapkan kemenangan berpihak kepada The Red Warriors...We are the Champions!!!...

Go More Klate Go More!!!...Together We Go More!!!... GOOOoooooooooooooo......KE!..LA!..TE!!!....[waving da flag..Ultras Mania Kelantan]

1 comment:

  1. tak berapa tengok bola... hihihi.. takot sakit hati.. (suka badminton ada chong wei.. hihihi)

    http://bulatmata.blogspot.com/

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...