Oct 1, 2011

Jentera Baru The Red Warriors Makin Menonjol

Mohammad Ab Aziz Ismail a.k.a Ma Mat
KOTA BHARU: Jarang diturunkan ketika saingan Liga Super namun nama Mohammad Ab Aziz Ismail atau Ma Mat menggunakan peluang ketika Zairul Fitri dibelenggu dengan kecederaan dan sebaik mungkin untuk meletakkan beliau antara barisan pertahanan kiri yang terbaik di Malaysia. Siapa sangka ketika saingan Piala Malaysia, Ma Mat memberikan satu persembahan yang tidak dapat disangkal lagi dan boleh dikatakan antara pemain yang konsisten sepanjang saingan Kumpulan C Piala Malaysia 2011.

Rata-rata peminat Wira merah memuji corak pertahanan Ma Mat ketika 'man marking' dan kesungguhan beliau untuk merampas bola di kaki pihak lawan cukup memukau dan larian pantas ketika membantu jentera serangan memberikan kelebihan tatkala Zairul Fitri masih dalam kecederaan. Wujud satu persaingan sihat antara kedua pertahanan kiri dalam perebutan tempat untuk kesebelasan utama pasukan Wira Merah selepas ini.

Walaupun umum diakui sebelum ini Ma Mat juga yang pernah menyarung jersi pasukan KL PLUS hanya memanaskan bangku simpanan namun peluang yang ada telah digunakan dengan sebaik mungkin untuk membuatkan nama beliau meniti dibibir peminat Red Warriors malah mungkin akan menjulangkan serta menaikkan nama beliau ke peringkat yang lebih tinggi dan profesional.

Kejutan terbesar adalah apabila nama Ma Mat diumumkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam senarai 33 pemain bagi mengikuti latihan pasukan bola sepak kebangsaan bawah 23 tahun sebagai persediaan Sukan Sea 2011 Indonesia. Ma Mat akan menyertai Khairul Fahmi Che Mat dan Izuan Solahudin yang akan melaporkan diri kepada Ketua Jurulatih, Ong Kim Swee. Kami TRW Lembah Klang dan seluruh penyokong The Red Warriors berasa amat bangga apabila seorang lagi anak muda Kelantan dipilih untuk ke peringkat antarabangsa.

Untuk Mohammad Ab Aziz Ismail, Khairul Fahmi Che Mat dan Izuan Solahudin, kami para penyokong tegar The Red Warriors mengucapkan "Selamat Maju Jaya" dan tidak kira di mana sahaja anda berada percaya kepada diri sendiri, kuatkan semangat jati diri  kerana anda adalah anak Kelantan "BAKO OGHE BERANI" dan "SEMANGAT TOK JANGGUT MENGALIR DALAM JIWA DAN RAGA". Go More Kelate Go More!!!...Together We Go More!!!...

Kredit to: TRWFM aka DjZuwea

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...