Oct 21, 2011

Kacamata Xray


Suatu hari seorang bernama Haikal pergi ke kedai kacamata dan dia tertarik pada satu kacamata yang menurut si penjualnya, kacamata itu boleh melihat menembusi pakaian seseorang. 

Lalu dia mencuba pakai kacamata tersebut. Ketika dia mengenakan kacamata tersebut, semua orang yang dilihatnya nampak telanjang walaupun pada hakikatnya mereka sebenarnya memakai pakaian. Haikal membuka semula kacamata itu, mereka kelihatan berpakaian lengkap. Dipakaikannya lagi, semua nampak telanjang balik!.. 

'Hebat!!', teriak Haikal kegembiraan lalu terus membeli kacamata tersebut. Sambil tersenyum meleret, dia memakai kacamata itu sehingga sampai ke rumahnya. Dia ingin menunjukkan kacamata itu kepada Suzi, isterinya. Akan tetapi, isterinya itu tidak berada di ruang tamu. Haikal kemudian terus ke bilik tidur dan melalui kacamatanya dia melihat isterinya sedang telanjang bulat bersama tukang kebunnya. Lalu Haikal membuka kacamatanya, tapi isteri dan tukang kebunnya itu masih lagi dalam keadaan telanjang bulat. Dipakaikannya kembali kacamata itu, kedua-duanya masih juga lagi dalam keadaan telanjang bulat. 

Sambil marah-marah Haikal berkata, 'Sial!!!..Kacamata mahal begini tak sampai sehari sudah rosak!!!...Cilaka!..'. Sedangkan apa yang berlaku didepan matanya adalah realiti yang mana isterinya sedang berlaku curang. Huahahahhaa...ape daa...

Semoga anda terhibur....huhu....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...