Oct 1, 2011

Ketua Menteri Pulau Pinang Mohon Maaf Pada Sultan Johor



30 September,2011-Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini memohon maaf kepada Sultan Johor dan rakyat bawah naungan baginda atas kenyataannya memburukkan negeri Johor dalam satu majlis di Singapura, bulan lalu.

Permohonan maaf itu diungkapkan Guan Eng dalam satu sidang media tergempar di pejabatnya di Komtar, tengahari tadi.

LIM GUAN ENG / KETUA MENTERI PULAU PINANG
'Sebagai rakyat Malaysia yang setia kepada raja dan negara patik ingin memohon maaf kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Sultan Iskandar Sultan Johor atas rasa tersinggung tuanku terhadap kenyataan berikutan dengan Johor yang telah dibuat patik. Dan juga kepada rakyat jelata di bawah naungan tuanku atas perkara yang sama.'

Tambahnya lagi, kenyataannya itu tidak bersifat buruk.

LIM GUAN ENG / KETUA MENTERI PULAU PINANG
'Patik tidak berniat untuk memburukkan Johor atau mana-mana negeri atas apa-apa sebab dan alasan sekalipun. Dalam laporan media Sultan Johor juga bertitah baginda tidak mahu diseret ke dalam arena politik. Patik bersetuju dengan titah Sultan Johor.'

 
Untuk rekod, semalam Guan Eng mendakwa beliau tidak pasti dan tidak ingat sama ada beliau mengeluarkan kenyataan yang memburukkan negeri Johor dalam majlis berkenaan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...