Oct 4, 2011

Kuku pada jari kita


Disini saya ingin kongsikan sedikit ilmiah yang saya perolehi dari sahabat saya, yakni mengenai potongan kuku pada hari-hari yang sepatutnya dan apa yang bakal anda tempuhi jika anda potong pada hari yang tidak sepatutnya.


Barangsiapa yang mengerat kukunya pada:
 
  • Hari Sabtu: keluar dari tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
  • Hari Ahad: Keluar kekayaan masuk kemiskinan
  • Hari Isnin: keluar daripadanya gila dan masuk sihat
  • Hari selasa: keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
  • Hari Rabu: keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan
  • Hari Khamis: keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit
  • Hari Jumaat: keluar daripadanya dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala
Jadi, kerat kuku bukan sebarang kerat tapi ada kaedahnya. walaupun hanya kuku tapi adalah sebahagian daripada badan kita yang perlu kita hormati. misalnya kerat kuku ada adabnya selain mengikut hari, kita juga perlu buang kuku itu pada tempat yang tidak kotor, sebagaimana yang diajar..seeloknya kita membuang ke tanah kerana kita juga berunsur tanah. bukannya tong sampah sekali pun tong sampah itu bersih.



Serta potongan juga harus bermula dari jari tangan kanan yang bermula di jari telunjuk, kemudian ke jari manis, setelah itu ke jari anak pula dan kemudian ke jari hantu dan yang terakhir untuk jari tangan kanan adalah jari ibu. Dan untuk jari sebelah tangan kiri pula bermula dari jari ibu dan mngikut turutan jari-jari tersebut yakni telunjuk,hantu,manis dan terakhir jari anak.




Semoga anda semua dapat mengamalkan kaedah ini dengan baik dan pada hari yang baik yakni hari Isnin,Khamis dan Jumaat(yg paling afdal)...Selamat beramal...jumpa lagi...

Special thanks to: Cahaya Umzarul

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...