Oct 28, 2011

Petua Untuk Tegangkan Semula Payudara




Disini saya ingin kongsikan bersama anda terutama kaum wanita yang ingin menegangkan bentuk payudara anda. Caranya amat mudah sahaja dan tidak perlu anda bersusah payah membeli ubat-ubatan yang mengandungi bahan kimia yang mana mungkin boleh memberikan kesan lain pada tubuh badan kita dan mungkin juga tidak selamat serta memudaratkan. Malahan juga mungkin akan membuka ruang kepada anda kepada penyakit Cancer atau barah.
Berbalik kepada cara yang saya ingin kongsikan, dibawah ini penerangannya. Amalkan, insya'allah..selamat lagi dan hanya menggunakan bahan peribumi.

Caranya:
1. Dapatkan beberapa helai daun sirih Melayu, ianya berdaun lebar dan berwarna hijau. Sapukan minyak kelapa (seelok-eloknya dibuat sendiri) pada daun sirih. Salaikan mengunakan api lilin dan tekapkan pada buah dada. Biarkan ia kering dan dibuat berulang kali.

2. Kupas setengah biji labu dan masak sehingga menjadi lembik. Ramas labu tersebut ketika masih suam. Kemudian,sapukan pada seluruh payudara lebih kurang 25 minit. Amalkannya 3 kali seminggu.

3. Sapukan putih telur pada sekeliling buah dada dan biarkan kering semalaman. Buat 3 kali seminggu.

4. Amalkan meminum air kanji (air didih nasi) sebelum tidur malam. 

Selamat mencuba..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...