Oct 9, 2011

The Red Warriors Ketujuh Terbaik Asean


Assalamualaikum warahmatulahiwabarakatuh...serta salam sejahtera bagi yang bukan berugama Islam.

Disini saya ingin kongsikan satu info yang amat menarik didalam arena sukan tanahair dan terutama bagi rakyat Kelantan Darul Naim, Negeri Serambi Mekah. Terkejut, bangga dan macam-macam lagi perasaan gembira apabila terbaca satu info menarik ini didalam sebuah akhbar harian yang diminati ramai rakyat Malaysia, mengenai Pasukan Kelantan atau lebih dikenali sebagai The Red Warriors tersenarai diantara yang terbaik di negara Asean dan satu-satunya pasukan yang telah mencipta sejarah.

 Mungkin banyak pihak yang akan mencemburui, namun itu hakikat harus diterima betapa usaha Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) melalui pasukan bola sepak The Red Warriors mencipta kejayaan sejak tiga tahun kebelakangan ini kini telah membuahkan hasil.

Tan Sri Annuar Musa celebrating with players
Ini beritanya: 
KELANTAN membuktikan kehebatannya apabila tersenarai ranking ketujuh terbaik negara Asean dalam carta International Federation of Football History & Statistics (IFFHS), kelmarin.
Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa berkata, kedudukan yang diberikan IFFHS itu berita menggembirakan bagi seluruh warga kerja Kafa dan penyokong Kelantan dan mahu prestasi lebih baik dapat dihasilkan dengan menambah lebih banyak koleksi kejayaan pada masa akan datang.

Kita hargai ranking yang diberikan IFFHS terhadap Kelantan apabila meletakkan Kelantan di tempat ketujuh terbaik di Asean dan tempat ke-317 kelab terbaik dunia. “Saya lihat usaha Kafa membangunkan bola sepak di Kelantan bukan hanya dibuktikan dengan kejayaan Red Warriors menjulang beberapa piala yang dipertandingkan dalam Liga Malaysia tetapi juga diktiraf oleh IFFHS, katanya ketika dihubungi, semalam.

IFFHS adalah organisasi diperakui oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) dan ia diwujudkan untuk mencatat sejarah bola sepak di seluruh dunia. Menurut Tan Sri Annuar, ranking yang diberikan IFFHS itu seharusnya membuka mata pengurusan dan pemain Kelantan untuk terus beraksi lebih baik pada saingan Liga Malaysia musim ini dan musim akan datang.
Malah, katanya, Kelantan wajar berbangga dengan penampilan mantap dalam Liga Malaysia musim ini. -Sumber: Harian Metro

Tan Sri Annuar Musa waving hand to supporters with Tuan Guru Nik Aziz
Sungguh tak disangka dan tak diduga, namun itulah hakikatnya dan ucapan terima kasih dari saya, para-para penyokong tegar TRW serta jutaan rakyat Kelantan khususnya kepada Pasukan The Red Warriors yang telah berusaha meningkatkan mutu dan membawa pasukan ke kedudukan yang gah pada masa ini serta tidak dilupakan kepada Tan Sri Annuar Musa khususnya yang telah menerajui dan membawa pasukan ini ke satu tahap yang lebih mantap dan berprestij.


The Red Warriors Supporters
Berkat usaha dan kesungguhan para pemain serta para pegawai berbaloi dan ini sudah tentu menggembirakan lagi para penyokong khususnya. Juga jutaan terima kasih dari saya buat para penyokong yang selama ini tidak pernah kenal erti penat lelah mengunjungi hampir keseluruhan stadium di Malaysia dan memenuhi setiap ruang tempat duduk bagi memberi sokongan padu kepada pasukan kesayangan, The Red Warriors, tidak seperti penyokong pasukan negeri lain yang masih terkial-kial dicari oleh pihak pengurusan untuk menjadi penyokong setia untuk datang ke stadium.

Namun harus diingat, terutama kepada para penyokong setia dan juga kepada para penyokong The Red Warriors yang baru mengikuti perkembangan pasukan ini, buanglah tabiat lama kamu yang suka melempar atau membaling objek atau membaling mercun ke padang kerana itu akan merosakkan kerancakkan perlawanan serta memalukan lagi maruah kamu malah maruah Negeri serta rakyat negeri Kelantan sendiri serta para pemain kesayangan kita khususnya. Jadikanlah kita sebagai sebuah negeri yang kena dengan maksudnya 'Negeri Serambi Mekah' dan jadilah kita sebagai penyokong antara yang terbaik  di Malaysia. Malah kalau boleh kita tunjukkan pada dunia bahawa para penyokong The Red Warriors adalah sememangnya yang terbaik dari semua segi, tiada tolok bandingnya hanya penyokong The Red Warriors.  Saya bangga menjadi anak jati Kelantan sepertimana yang telah Tan Sri Annuar memperkatakannya didalam rancangan 'Dengan Izin'. We have already show to you all that we can what we said and what we want, We are The Champions! and We are The Best of The Best!.

Ultras Kelantan
Congrats! Go More Klate Go More...Together We Go More!!!...
GOOOoooooooooooo...KE!...LA!...TE!!!....[then waving hands up above with beloved flag KELANTAN TRW].


kredits to:
myMetro 
The Red Warriors Malaysia 
TRW Lembah Klang
12th Warriors
RedFC News
Kami Penyokong Setia TRW



3 comments:

  1. trima kasih kekwn dan sahabat sekalian diatas komen dan pujian...semoga TRW kekal bersemangat dan memberi yang terbaik kpd kita dlm arena bolasepak negeri juga pada tanahair kita Malaysia...GKG!!!...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...