Oct 28, 2011

Senarai Nama Pemain Kelantan Musim 2012


Kelantan melakukan kejutan awal apabila menjadi pasukan pertama dalam Liga Malaysia mengumumkan senarai pemain utama mereka. Senarai ini diumumkan sendiri oleh presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa. Ramalan pemain utama seperti Piya, Apex dan beberapa pemain lain bakal berhijrah turut tersasar apabila kesemua pemain yang diramal kekal bersama Kelantan kecuali Nurul Azwan Roya yang masih tidak memberi kata putus kepada KAFA.

Pemain senior Kelantan Khalid Jamlus, Danial Fadhly, Solehin Kanasian, Zulyusri, Wan Zaman, Khairan Eroza, Khairan Ezuan, Wan Rohaimi dan penjaga gol ketiga Kelantan Norhadi Ubaidillah tidak disambung kontrak dan dilepaskan. Kekosongan yang ditinggalkan ini telah diisi empat pemain muda dari skuad Piala Presiden Nik Shahrul Azim, Aris Zaidi, Zamri Ramli, Khairul Izuan Rosli dan akan diisi lagi oleh barisan pemain import serta pemain tempatan yang akan diumumkan nanti.
Dari Facebook Tan Sri Annuar Musa:
TRW SQUAD 2012(part 1;Pemain yg dikekalkan)......MOHD SHARIZAN..KHAIRUL FAHMI CHE MAT..DAUDSU..FARISHAM..RIZAL FAHMI...SUBRAMANIAM...MAT AZIZ...ZAIROL FITRI...SYAKIR..PIYA...S CHANTURU...NORSYARUL IDLAN TALAHA...RAMZUL..NIZAD..IZUAN ROSLI..NIK AZIM..IZUAN SOLAH..(3 Pemain import dan 6 pemain tempatan Akan diumum selepas piala msia)
Ramai yg bertanya tentang Nurul Azwan Roya ...untuk makluman KAFA sudah pun membuat tawaran kontrak padanya...TAPI dia belum mahu buat keputusan..kita beri kebebasan...TRW 2012 Akan merupakan GANDINGAN PENGELAMAN DAN KEREMAJAAN..kita utamakan Technical skill and speed/pace..

Penjaga gol:
1.    Khairul Fahmi Che Mat
2.    Mohd Shahrizan Ismail

Penyerang :
1.    Norshahrul Idlan Talaha
2.    Ramzul Zahini Adenan
3.    Nidzad Ayub

Tengah :
1.    Shakir Shaari
2.    Badri Radzi
3.    S. Chanturu
4.    Mohd Izuan Salahudin
5. Nurul Azwan Roya (baru konfirm)

Pertahanan :
1.    Daudsu Jamaludin
2.    Aziz Ismail
3.    Zairul Fitree Ishak
4.    S. SUbramaniam
5.    Farisham Ismail
6.    Rizal Fahmi Rosid

Pemain Piala Presiden yang dibawa ke dalam skuad senior:
1.    Nik Shahrul Azim
2.    Aris Zaidi
3.    Khairul Izuan Rosli
4.    Zamri Ramli

Ketua Jurulatih : Peter Butler
Penolong Ketua Jurulatih: Zahasmi Ismail / Sidek Shamsuddin
Respon dan reaksi awal penyokong Kelantan di laman sosial menyatakan rasa puas hati dan keyakinan mereka sepenuhnya kepada Tan Sri Annuar Musa dan barisan kepimpinan KAFA dalam pemilihan pemain dan perancangan cemerlang 2012 dengan harapan Kelantan kekal digeruni lawan dan berdaya saing di saingan AFC.
Dan jawapan untuk keputusan Nurul Azwan Roya juga telah diperolehi apabila Nurul Azwan Roya telah menyatakan persetujuannya untuk kekal bersama Kelantan melalui perbincangan bersama Tan Sri Annuar Musa. Ini menjadikan Nurul Azwan Roya pemain ke 20 kekal bersama The Red Warriors. Terima kasih kepada para penyokong The Red Warriors dan ini adalah berita gembira buat anda semua. Semoga pasukan kita akan menjadi lebih digeruni dimusim hadapan.

Sokong Bia Bijok, Napok Bijok, Betindok Bijok, Main Bijok, Bijok Sokmo.....Go More Kelate Go More! Together We Go More!!!...

Sumber: Portal Rasmi theredwarriors

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...