Oct 4, 2011

Kunci Syurga?

Seorang pemuda melanjutkan pelajaran di Amerika Syarikat menyambung pelajarannya ke PHD. Setibanya disana, beliau tidak mempunyai kawan melayu dan beliau telah berkawan dengan seorang warga Amerika. Beliau dan rakannya menjadi sungguh akrab dan kemana saja beliau pergi mesti sering  bersama.
Sepanjang beliau berkawan, tidak pernah keseorangan tanpa kawannya. Termasuklah pergi kuliah dan sebagainya. Satu hari ketika yang melayu yang sambung PHD ini cuba menarik warga amerika ini untuk memeluk agama Islam dan menunjukkan peribadi yang baik. Warga amerika ini juga sedang sedaya upaya menarik kawannya memeluk agama kristian. Dua-dua cuba menarik satu sama lain untuk memeluk agama masing-masing. 
Pada satu hari, warga amerika ini ingin pergi ke gereja dan ditemani oleh orang melayu ini untuk sembahyang cara ugamanya. Yang melayu ini serba salah kerana warga amerika ini kawan baiknya lalu ia pergi menemani warga america ini sembahyang. Bila sampai saja tempat gereja tadi, semua tempat duduk dipenuhi oleh orang. lalu ada satu bangku kosong di hujung sudut, lalu dua orang sahabat ini duduk di sana. 
Selang beberapa minit, tiba-tiba paderi datang dan bila naik saja paderi atas pentasnya lalu ia berkata "Saya tidak akan memberi ucapan, sehinggalah seorang orang asing keluar dari dewan ini". Semua dalam dewan itu terpinga-pinga, siapakah orang asing itu dan mencari-cari siapakah orang yang dimaksudkan paderi itu. Kemudian paderi itu berkata lagi, "Saya tidak akan memberi ucapan selagi orang asing tidak keluar". Semua terpinga-pinga dan warga amerika dengan orang melayu ini buat tak kisah macam tiada apa yang berlaku.
"Saya tidak akan memberi ucapan selagi orang muslim tidak keluar dari dewan ini", lalu dia fokus pada melayu ini yang beragama Islam tersebut. Lalu orang melayu tadi bertanya kepada rakannya, sama ada dia perlu duduk disini atau keluar, Warga amerika kata, "Awak duduk saja disini". Lalu si paderi tadi turun dari meja, lalu dia menuju ke arah orang muslim tadi. Dia berkata, "Awak muslim dan awak boleh keluar". Lalu bangun orang melayu ini dan bertanya, "Kenapa saya diarah keluar dari dewan ini". Paderi tu berkata, "Kerana kamu muslim dan kamu tidak layak duduk disini". Melayu ini kata, "Saya nak duduk juga". Paderi itu menjawab, "Kalau kamu ingin duduk dalam dewan ini kamu kena jawab 30 soalan dari saya". Lalu melayu ini sanggup menjawab dan sampailah ke soalan 30. Semua soalan melayu ini dapat jawab. Paderi itu berkata, "Kamu boleh duduk disini"
Melayu itu duduk dan dengan memberi syarat kepada paderi itu supaya menjawab satu soalan darinya. Paderi itu rasa bersalah hendak jawab atau tidak. Tetapi orang dalam dewan itu menyuruh paderi menjawab. Lalu paderi tu bersetuju. Melayu itu berkata, "Apakah kunci syurga". Muka paderi tadi merah padam. Dia senyap dan orang dalam dewan suruh menjawab juga. Paderi itu berkata, "Kalau saya jawab kalian akan marah pada saya". lalu semua orang dalam dewan bangun, "Kalau paderi tak boleh jawab kami akan bantu paderi". Paderi pun berkata, "Jawapannya ialah: Asyhaduallaa Ilahaillallah Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah". Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.
Kredits to: Siti Sarah[Wanita Melayu Islam Jangan Pakai Baju Ketat Ditempat Awam]

5 comments:

  1. me too....waa laju je ko ekk...ni sayunk ko ni....muaxss muaxxss.... ;x

    ReplyDelete
  2. hehehe... lajula.. aku kan ada bloglist.. hehehe..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...