Nov 8, 2011

Al-Sultan Kelantan Ke V mencemar duli melakukan pemyembelihan lembu korban


Al-Sultan Muhammad Ke V menyembelih lembu korban di Kompleks Islam Jubli Perak , Panji, Kota Bharu semalam 


KOTA BHARU 7 Nov. – Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra mencemar duli menghadiri majlis ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha anjuran MAIK di Kompleks Islam Jubli Perak, Panji di sini hari ini.

Sebanyak 43 ekor lembu disumbangkan oleh Maxis, jabatan dan agensi kerajaan dan negeri serta baginda Sultan mengorbankan seekor lembu dan seekor kerbau di majlis tersebut malah baginda telah melakukan penyembelihan terhadap lembu yang pertama dikorbankan.
Turut hadir Setiausaha MAIK Che Hamat Che Muda, Ketua Wilayah Pantai Timur Maxis, Che Mazlan Mokhtar, petugas-petugas penyembelihan dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) dan Majlis Perbandaran Kota Bharu -Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) serta penduduk kampung yang mempunyai kemahiran menyembelih dan melapah daging.
Menurut Che Hamat, ibadah tersebut merupakan rutin tahunan anjuran MAIK yang diadakan pada hari kedua raya korban dan mendapat sokongan pelbagai pihak termasuk imam-iman seluruh Kota Bharu yang mengalunkan takbir sepanjang majlis berlangsung.
‘‘Hasil daging korban hari ini akan diagih-agihkan kepada lebih kurang 1,000 penduduk miskin di sekitar kawasan kompleks, kariah di Masjid Panji dan Masjid Muhammadi, Kota Bharu.

Allahuakhbarr!!!... Sesuatu yang patut kita hormatkan dan sanjung pada Duli Yang Mulia Al-Sultan Muhammad Ke V, Sultan bagi rakyat Kelantan Darul Naim. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...