Nov 8, 2011

Doktor Peribadi Sah Bunuh Michael Jackson.

RIP Michael Jackxon 1958-2009

LOS ANGELES: Doktor peribadi kepada Michael Jackson, Conrad Murray didapati bersalah hari ini kerana menyebabkan kematian raja pop itu pada Jun 2009 lalu. 

Sebaik mahkamah memberikan keputusan juri itu, sanak saudara dan kenalan Michael kedengaran berteriak gembira dengan sesetengahnya menangis di luar mahkamah.


Ketupusan itu diumumkan selepas mahkamah bersidang selama enam minggu.
Keluarga Michael yang diketuai ibunya, Katherine dan ayahnya Joe berada di dalam mahkamah untuk mendengar keputusan berkenaan dengngan anggota media dan peminat Michael berkerumum di luar. 

Murray berdepan penjara empat tahun dan dia juga bakal menghadapi penggantungan daripada menjalankan khidmat perubatan. 

Sejak mahkamah memulakan perbicaraan pada 27 September lalu di Mahkamah Tinggi Los Angeles, seramai 49 saksi terbabit - 33 saksi untuk pendakwaan manakala 16 sakti pembelaan. - AFP 



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...