Jan 17, 2012

Ultras Kelantan The Red Mania Kini Maju Kehadapan!

Ultras Kelantan The Red Mania
Disini ingin saya kongsikan bersama anda satu berita positif yang diterima dari ahli komrad Ultras Kelantan The Red Mania yang mana memberitahu bahawasanya UKTRM kini telah mendaftarkan UKTRM sebagai sebuah syarikat untuk memajukan lagi segala perjalanan dan matlamat organisasi mereka setelah mendapat pelbagai musibah dan pelbagai halangan serta tohmahan dari pelbagai pihak.
Namun hati mereka cukup kental dan bersemangat waja malah lebih keras untuk menaikkan lagi tahap sokongan padu mereka sehingga menubuhkan syarikat tersebut. Tahniah buat semua ahli komrad The Red Mania... Salute anda semua... dan ini yang biasa dilakukan oleh pihak komrad jika berterima kasih.. teriakan "We love you!...We love you!...We love you!!!..."
UTRM Enterprise
UKTRM juga telah membuka satu laman didalam muka buku yakni Ultras Kelantan The Red Mania Merchandise Centre yang mana untuk para penyokong dan peminat bolasepak Kelantan boleh mendapatkan cenderahati, peralatan, dan pelbagai barangan yang bersangkut paut dengan perjalanan The Red Mania itu sendiri serta barangan dari Persatuan Bolasepak Kelantan[KAFA].


Antara barangan yang boleh didapati dilaman tersebut adalah Mafla UKTRM yang terbaru dan amat menarik untuk dibawa bersama ketika menonton bagi memberi sokongan padu kepada pasukan kesayangan rakyat negeri Kelantan Darul Naim. Juga, anda boleh mendapatkan cakera padat sebuah band yang telah ditubuhkan khas untuk menyalurkan sumbangan lagu-lagu menarik yang disertai lirik-lirik dari lagu-lagu chant Ultras Kelantan yakni Kumpulan Secretype yang dianggotai oleh 4 orang anak muda Kelantan yang berbakat dalam bidang seni suara. Lagu-lagu yang terdapat didalam album tersebut juga amat menarik dan sesuai didengar ketika memandu yang memaparkan lagu-lagu chants serta lagu bolasepak kita. Untuk mendapatkan barangan-barangan tersebut sila lawati laman Ultras Kelantan The Mania Merchandise Centre bagi mendapatkan dengan lebih lanjut tentang harga dan sebagainya.

mafla UKTRM [gambaran bahagian hadapan]

mafla UKTRM [gambaran bahagian belakang]
CD Album Secretype
Akhir kata dari saya, semoga Ultras Kelantan The Red Mania lebih maju dalam merealisisasikan impian mereka sebagai penyokong sejati untuk pasukan Kelantan The Red Warriors. 


Sokong bia bijok...bertindok bia bijok...
Go More Klate Go More...Together We Go More!...


The Red Mania... 
Hidup Matiku Kelate... 
Pride of Kelantan... 
Brotherhood in Blood!!!


Special thanks to DjBig E Trwfm, Kudin Khairudin, Pok Jeng, Amran FX, Aqil, Due Anok Ghima, Mirro Machi, DrGreen IndieRetro, dan ramai lagi yang membantu tak terlarat saya nak sebut semuanya...tq all guys...for being showing what is brotherhood...dan ianya sungguh bernilai, amat bernilai...

2 comments:

  1. Boohhh Ado lagi ko Mafla ..kawe nok beli ni...brpo hargo 1..ejah oyak bohhh...kawe meme nok beli do oh ni....kalu boleh ejah number fon bohhh..sene kawe nok belii dgn demo

    ReplyDelete
  2. kat cni harris>> https://www.facebook.com/pages/Ultras-Kelantan-The-Red-Mania-Merchandise-Centre/367019336648461

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...