Apr 3, 2012

Gadis Misteri -#Part 3



 Setibanya Kirina di tempat yang sepatutnya, dia mencari-cari bayang kelibat gadis itu. Dan, 'Ha tu dia', jerit Kirina didalam hatinya dengan kegembiraan. Kelihatan gadis itu datang menuju ke keretanya sambil membimbit beg yang mungkin berisi keperluan harian. 'Dah lama sampai?', tanya si gadis. 'Hmm..tak la baru je, ha naikla...bak saya angkat beg tu masuk boot belakang', jawap Kirina sambil memandang muka cantik manis gadis itu. 'Okay, terima kasih', jawap gadis itu. Setelah barang dan tuan dah masuk kereta, Kirina berlalu pergi menuju ke tempat yang harus dihantar gadis itu iaitu sebuah tempat pengajian yang amat dikenali di negara ini, Universiti Institut Teknologi Malaysia atau dengan nama pendeknya UITM.

 Berboraklah mereka berdua sepanjang perjalanan itu. Setibanya di UITM, Kirina menghantar gadis itu dan mengangkat begnya sehingga ke bilik asrama gadis itu dan setelah selesai Kirina berlalu pergi sambil berkata, 'Hmm, Saya balik dulu ek..bila free call la ye...kita pergi makan ke, tengok wayang ke, hape hape la...k?'. Jawap si gadis, 'Okay, nanti I call you okay..., thank you sudi antar'. 'Okay, takpe janji you selamat..kena tolong sesama kita', jawap Kirina. Kirina pn berlalu pergi dari situ dan menuju ke Wangsa Maju untuk balik ke rumahnya. 


 Setelah seminggu berlalu, Kirina teringat pada gadis yang telah beliau jumpa dan hantar tempoh hari lalu dia terus memicit-micit butang pada telefon bimbitnya untuk menghubungi gadis tersebut. 'Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi' tetiba Kirina dapat kata-kata komputer generate dari syarikat telekomunikasi telefon gadis tersebut. 'Hmm...ape kes lak ni? Mana dia pegi? Ke dia tutup phone?...ala...aku rindu kat dia ni..' kata Kirina. Kirina mula berfikir apa salahnya jika dia pergi mendapatkan gadis itu di UITM dimana beliau telah hantar gadis itu, maka berlalu pergi beliau bagi mencapaikan hasrat kerinduannya terhadap gadis itu.


bersambung....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...