Aug 26, 2012

Anak durjana buang bapa sendiri

Gambar hiasan


  Disini ingin saya kongsikan pengalaman yang dilalui oleh salah seorang rakan yang mana mungkin tidak dikenali akan tetapi sebagai saudara seislam saya terasa ingin bersama anda semua kongsikan apa yang beliau lalui dan alami. Ianya berkisar tentang kisah seorang bapa yang memohon dihantar ke rumahnya. Apa ceritanya, jom kita selongkar dari kata-kata beliau dari page beliau sebentar tadi jam 5:30am, 26 Ogos, 2012. 

Dari beliau:
"Kisah benar admin lalui sebentar tadi :

Admin hantar seorang hamba Allah ke hospital kerana jatuh motor.selepas selesai hantar dan admin nak balik, nampak seorang pakcik dalam linkungan 70an yang dalam keadaan krg bermaya dan berpakaian lusuh duduk di divider berhampiran dgn jabatan ICU.

Bila nampak admin dia terus meluru ke arah admin.pakcik tu nk meminjam duit sedikit buat tambang blk umah naik teksi maklum lah pukul 5 pagi mane ada bas.dalam perbualan admin dgn pakcik tersebut beliau nyatakan dia baru kuar wad petang tadi.dia tunggu anak dia tapi x sampai2 amek dia smpi skrg jam 5am.

Dengan rasa kasihan admin offer nak anta balik umah anak dia.mula2 dgr alamat mmg rasa pelik juga.tapi bila dh smpi mmg pakcik tu x menipu.umah anak dia terletak di kawasan kediaman elit..!!kereta mewah 4 biji tersadai dpn umah.lepas pintu pagar auto tu buka pakcik tu masuk admin terus gerak.

#MasyaAllah..dunia dah akhir zaman..admin pun xtau nk ckp ape."

MasyaAllah,Nauzubillah min zalik,Astarghfirullahaladzim...saya pun tak terkata...mohon dijauhkan dari sifat-sifat sedemikian keatas saya dan keturunan saya nanti...juga buat para pembaca dan follower saya mohon dijauhkan juga dari sifat sebegini...adu sedih tengok pengorbanan seorang ayah tetapi ini diperlakukan setelah anak itu penuh dengan kemewahan. Apa nak jadi dengan dunia hari ini?...Fikir-fikirkanlah...



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...