Aug 25, 2012

Apek eksiden!

Apek aka Khairul Fahmi Che Mat, Penjaga gol bagi Kelantan FA dan Malaysia
24 Ogos 2012, Kota Bharu, Bachok - Difahamkan dari sumber-sumber rapat dengan Apek atau nama sebenar Khairul Fahmi Che Mat telah mengalami kemalangan kereta di kawasan jalanraya di Bachok pada jam lebih kurang 12 malam tadi. Dilihat pada kerosakan kereta boleh dikatakan agak teruk, namun dari sumber menyatakan tiada kecederaan menimpa Apek.

Alhamdulillah, semoga beliau dapat bermain untuk perlawanan esok hari. Kemalangan ini pula tidak diketahui dengan kenderaan apakah yang telah terlibat dengan kenderaan Apek kerana sumber tidak memberitahu dengan terperinci akan maklumat tersebut, sehubungan itu saya memohon maaf atas ketidaklengkap berita ini. Namun saya sertakan pada anda akan gambar kereta Apek yang terlibat seperti yang telah tertera dibawah ini.   

Kereta Khairul Fahmi yang terlibat dalam kemalangan sebentar tadi jam 12mlm 24 Ogos, 2012
New update!: Difahamkan juga dari sumber-sumber, kemalangan ini berlaku di Kg Badak, Bachok dimana jalanraya disitu sebenarnya lurus dan entah macam mana tetiba katanya jalan itu tidak bersambung dan berlaku kemalangan antara kereta Apek dengan sebuah Myvi yang datang dari arah bertentangan.  


Credit pix to Isma Syafani Ismail

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...