Semalam adalah perlawanan pertama bagi kedua-dua pasukan negeri pantai timur yakni Kelantan FA dan Terengganu FC bagi perlawanan Piala Malaysia 2012. Permainan ini boleh dikatakan perlawanan maut kerana dua-dua pasukan adalah gergasi dalam kancah bolasepak negara. Dalam perlawanan ini kedua-dua pasukan memberikan tentangan hebat kepada lawan masing-masing dan para pemain bermain dengan baik atas arahan dan formasi dari jurulatih.
Namun nasib tidak menyelebahi The Red Warriors yang menerima kekalahan 2-0 hasil kepincangan dari pemain pertahanan dan pemain tengah yang mungkin alpa apabila asyik diasak bertubi-tubi oleh pihak lawan. Namun begitu, itulah adat perlawanan dalam bolasepak jika tidak bersedia sepenuhnya atau salah percaturan dari jurulatih maka kekalahanlah yang akan ditanggung pasukan itu.
Akan tetapi coretan saya sebenarnya bukan untuk bercerita tentang perlawanan ini tetapi sebaliknya adalah akibat dari kata-kata penyokong kelantan keatas Norshahrul Idlan Talaha atau lebih dikenali sebagai Mat Yo telah menyebabkan isteri Mat Yo terguris dengan kata-kata penyokong tersebut dan membuat kenyataan di mukabuku beliau mengatakan bahawa:
"Jika anda tidak suka Mat Yo, tolong bagi surat kepada Tan Sri lagipun Mat Yo sememangnya tak nak bermain dengan pasukan Kelantan yang penuh dengan penyokong yang 'konon' amat bertamadun...cukuplah sekadar bermain 3 tahun sudah tanpa dihargai dengan jasa memberikan banyak kemenangan."
![]() |
dari mukabuku isteri Mat Yo [<<--sila klik untuk lebih jelas] |
new update dan dari salah seorang peminat:
Kenapalah dilayan isteri yg fikirannya 1 dan nafsunya 9 itu. Biasalah klau dh jd public figure, mcm2 la kena bahan tak kira baik or buruk. Awak toksah le layankan sgt kata2 org. Mulut org mana boleh tutup...haiyaaa... Moga2 kuat mghadapi dunia yg penuh cabaran ini. :)
ReplyDelete