Aug 5, 2012

Perkara yang merosakkan otak


  Berkemungkinan tanpa kita sedari atau mungkin dalam sedar tetapi kita mengendahkan namun yang pasti ade perkara-perkara penting yang sering kita lakukan akan menyebabkan kerosakan pada otak kita khususnya. Apakah perkara-perkara itu?. Jom kita selongkarkan apakah perkara-perkara yang ingin saya kongsi bersama-sama anda semua.

10 perkara yang merosakkan otak: 


1. Tidak Mengambil Sarapan Pagi.


~Otak merupakan organ yang paling banyak menggunakan tenaga, iaitu sebanyak 25% dari keperluan tenaga badan. Tidak mengambil sarapan pagi menyebabkan paras gula dalam darah menjadi rendah dan mengurangkan bekalan nutrisi ke pada otak. Banyak sel-sel otak akan mati dan keseluruhan otak akan menjadi kurang aktif pada hari tersebut. Jika tidak pernah, cuba amalkan pemakanan pagi dan anda akan merasakan perubahan didalam badan anda.


2. Terlebih Makan.


~Tidak bermakna makan berlebihan akan menyebabkan otak menjadi semakin baik. Makan berlebihan menyebabkan banyak darah berlebihan dialirkan pada perut dan usus untuk tujuan pencernaan, menyebabkan kekurangan darah yang sampai ke otak. Ini mengakibatkan mengantuk, malas dan hilang daya fokus. Jadi jangan terlalu ikut nafsu sangat kalau makan tu, kawal pemakanan anda. 


3. Merokok.


~Asap rokok sangat merbahaya kerana mengandungi pelbagai racun dan boleh membunuh banyak sel-sel otak. Katakan 'TAK NAK' pada merokok.


4. Mengambil Gula Berlebihan.


~Gula yang berlebihan dalam badan boleh mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak yang sihat. Ia juga boleh menyebabkan banyak lagi penyakit-penyakit lain, sebagai contoh Penyakit Kencing Manis. Jadi kurangkan gula dalam pemakanan harian anda.


5. Menghidu Udara Yang Tercemar.


~Otak merupakan pengguna oksigen yang terbesar dalam organ badan kita. Menghidu udara tercemar boleh menyebabkan kerosakan pada sel-sel otak. Berkawan dengan perokok juga boleh mendedahkan kita kepada asap rokok yang sangat merbahaya pada otak. [No komen...hehe...sebab saya perokok...hmm kena berhenti la gamaknya..]


6. Tidur Yang Berlebihan.


~Tidur adalah baik dan bagus untuk kesihatan kita. Namun tidur yang berlebihan menyebabkan otak kurang aktif dan melemahkan daya fikir seseorang. Dengan itu  cuba kawal waktu tidur anda.


7. Tidur Dengan Menutup Muka.


~Tidur sambil meniarap atau menekup muka ke bantal atau ke bahu atau dengan lengan boleh menyebabkan banyak gas karbon dioksida terperangkap dan disedut kembali semasa bernafas. Ini boleh menyebabkan otak kekurangan oksigen. Jauhilah dari posisi tidur yang sebegini.


8. Kurang Berimaginasi.


~Berimaginasi merupakan satu cara yang baik untuk mengasah otak kita. Kurang berimaginasi menyebabkan tahap kecerdasan otak menurun. Tapi jangan kelain pulak ye nak berimaginasi tu.


9. Jarang Berfikir.


~Jarang berfikir menyebabkan otak menjadi lembab dan tidak aktif. Maka selalu berfikir akan melatih otak kita bekerja dan meningkatkan keupayaan otak kita. Jom kita fikir ramai-ramai...hehe...


10. Tidak Membaca Al-Quran.


~Al-Quran merupakan kalimah-kalimah Allah S.W.T. Membacanya akan memberi banyak manfaat kepada badan kita termasuklah mengaktifkan otak kita dan mengelakkannya daripada rosak. Tidak membaca Al-Quran menyebabkan otak kita menjadi dungu dan dangkal.


Sekian dari saya, jumpa lagi dilain masa dan lembaran. Selamat beramal. 
Terima kasih.


Baca|Like|Share

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...