Aug 11, 2012

Tangisan di Hari Lebaran


  Pertama sekali saya sebagai admin bagi blog Brobandits aka dahulu dikenali sebagai The Bandits sebelum dihacked, ingin memohon maaf atas tajuk diatas. Namun motif atau tujuan sebenar saya menghapdatekan post ini adalah untuk menyampaikan sesuatu pesanan buat semua kaum muslimin dan muslimat yang mana sedang berpuasa pada ketika ini untuk bulan yang mulia yakni bulan Ramadhan Al-Mubarak.

  Justeru itu, dikesempatan ini saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang sudi singgah melawat dan membaca info-info serta kandungan didalam blog ini. Juga tidak dilupakan khas buat semua pembaca dan followers....




Ampun maaf diminta menandakan hari raya semakin tiba, 
dalam keseronokan membeli belah untuk yang tercinta, 
atau dalam perjalanan untuk ke kampung halaman, 
berhati-hatilah dijalanraya semoga selamat sampai destinasi dituju, 
ingatlah orang tersayang serta orang yang menyayangi kita, 
usah dikejar waktu dalam perjalanan, 
biar lambat asal selamat, 
pandulah cermat agar banyak jiwa yang selamat.


Mangsa kemalangan tidak berkesempatan berhari raya
 [gambar fail: Kuala Terengganu, 7th Sept 2011, Kosmo]
Jangan jadikan ini suatu realiti

  Sekian dulu dari saya, Pengarang Blog Brobandits, saya menyusun sepuluh jari memohon keampunan dan kemaafan andai ada salah silap sepanjang saya berkarya atau tersalah budi bicara mahupun tingkah laku buat semua yang mengenali diri saya atau kenal di alam maya. 

        Selamat Menyambut Hari Lebaran untuk semua




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...