Sep 1, 2012

Hebatnya ayat Al-Quran



KEHEBATAN DAN KEBERKATAN AYATUL QURSI

Kisah benar ini berlaku di US. Ia tentang seorang wanita Muslim dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus. Suatu malam, perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan pintas untuk pulang.
Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu. Disebabkan hari yang agak sudah lewat, dia menyusuri di jalan yang agak gelap dan ini membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan berseorangan. Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki kulit putih warga Amerika bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tidak sedap hati. Apa yang mampu dia lakukan pada waktu itu hanyalah berdoa ke hadrat Allah sambil memohon keselamatan ke atas dirinya. Dia membaca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dan melindungi dia di saat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya. Keesokan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar di mana seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali berdekatan lorong yang dia lalui semalam; hanya berselang 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar bahawa lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab, dia terus ke balai polis dan dan membuat aduan. Wanita ini dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis mendapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari. Tapi perempuan ini hairan dan tertanya-tanya juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut, walhal dia hanya keseorangan pada masa itu. Wanita ini teringin untuk mengetahui sebabnya. Dia lalu meminta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi dibawa ke tempat lain).

Dia bertanya perogol itu, "Why don't you do anything to me on that night even though you know that I'm alone?" (Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tahu saya seorang sahaja masa tu?)

Perogol itu menjawab, "No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim." (Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada dua orang lelaki berjalan bersama awak. Seorang di sebelah kanan dan seorang lagi di sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang malam tu, sudah tentu awak jadi mangsa saya.)

Wanita tadi rasa amat terkejut bila mendengar penjelasan dari perogol itu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana Allah telah memelihara dirinya malam itu. Mungkin juga disebabkan keberkatan di dalam ayat Kursi yang dia baca pada malam itu menyebabkan dirinya terpelihara dari sebarang bala dan kejahatan.

Sumber: HasnulHadiAhmad.com

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...