Nov 27, 2012

Panduan untuk mengerjakan Solat Witr


Tatacara Mengerjakan Solat Witr.

Solat Witr 1 rakaat

Rakaat Pertama
1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Witir
2) Takbiratul Ihram
3) Doa Iftitah
4) Membaca surah al-Fatihah
5) Membaca Surah al-Qur’an
6) Rukuk
7) Iktidal
8) Sujud
9) Duduk antara dua sujud
10) Sujud kali kedua
11) Duduk untuk tahiyyat akhir
12) Memberi salam ke kanan dan ke kiri

Solat Witir dengan tiga rakaat. 

Tatacara perlaksanaannya ada dua :- 
1. Mengerjakan dua rakaat terlebih dahulu dan salam. Setelah itu didirikan satu lagi rakaat secara berasingan dan salam. Dalilnya adalah riwayat daripada Nafi’:

أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ كَانَ يُسَلِّمُ بَيْنَ الرَّكْعَةِ وَالرَّكْعَتَيْنِ فِي الْوِتْرِ.
Maksudnya:
Bahawa ‘Abdullah bin ‘Umar mengucapkan salam antara satu rakaat dan dua rakaat dalam solat Witir. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Witr, no: 991.

Tatacara mengerjakannya:
Rakaat Pertama
1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Witir
2) Takbiratul Ihram
3) Doa Iftitah
4) Membaca surah al-Fatihah
5) Membaca Surah al-Qur’an
6) Rukuk
7) Iktidal
8) Sujud
9) Duduk antara dua sujud
10) Sujud kali kedua
11) Bangun untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua
1) Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2) Duduk untuk tahiyyat akhir
3) Memberi salam kanan dan kiri dan bagun untuk mengerjakan rakaat terakhir

Rakaat Ketiga
1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Witir
2) Takbiratul Ihram
3) Doa Iftitah
4) Membaca surah al-Fatihah
5) Membaca Surah al-Qur’an
6) Rukuk
7) Iktidal
8) Sujud
9) Duduk antara dua sujud
10) Sujud kali kedua
11) Duduk untuk tahiyyat akhir
12) Memberi salam ke kanan dan ke kiri
2. Mendirikan tiga rakaat sekaligus dengan hanya satu salam.

مَا كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَزِيدُ فِي رَمَضَانَ وَلاَ فِي غَيْرِهِ عَلَى إِحْدَى عَشْرَةَ رَكْعَةً.

يُصَلِّي أَرْبَعًا فَلاَ تَسَلْ عَنْ حُسْنِهِنَّ وَطُولِهِنَّ. ثُمَّ يُصَلِّي أَرْبَعًا فَلاَ تَسَلْ عَنْ حُسْنِهِنَّ وَطُولِهِنَّ.

ثُمَّ يُصَلِّي ثَلاَثًا.
Maksudnya:
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tidak menambah pada bulan Ramadan dan tidak pula pada bulan-bulan lainnya, melebihi sebelas rakaat; baginda solat empat rakaat, jangan kamu persoalkan akan kebagusan dan panjangnya. Kemudian baginda solat empat rakaat lagi, jangan kamu persoalkan akan kebagusan dan panjangnya. Kemudian baginda solat tiga rakaat (witir). - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab at-Tahajjud, no: 1147.

Solat Witir sebanyak tiga rakaat ini berbeza dari Solat Maghrib yang terdapat dua tasyahhud. Tasyahhud solat Witir hanyalah satu yakni pada rakaat yang ketiga. Surah-Surah yang baginda baca untuk solat Witir tiga rakaat adalah Surah al-A’la, Surah al-Kaafiruun dan Surah al-Ikhlash sebagaimana riwayat daripada Ubay bin Ka’ab, dia berkata:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقْرَأُ فِي الْوِتْرِ بِسَبِّحْ اسْمَ رَبِّكَ الأَعْلَى

وَفِي الرَّكْعَةِ الثَّانِيَةِ بِقُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ وَفِي الثَّالِثَةِ بِقُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ

وَلاَ يُسَلِّمُ إِلاَّ فِي آخِرِهِنَّ وَيَقُولُ يَعْنِي بَعْدَ التَّسْلِيمِ سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ ثَلاَثًا

Maksudnya:
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam biasa membaca dalam Solat Witir ‘Sabbhisma rabbikal a’laa’ dan pada rakaat kedua membaca ‘Qulyaa ayyuhal kaafiruun’ dan pada rakaat ketiga ‘Qulhuwallahu ahad’ dan baginda tidak mengucapkan salam kecuali pada akhir rakaat dan baginda membaca ‘Subhanal malikul qudduus’ sebanyak tiga setelah memberi salam – Hadis riwayat Imam al-Nasa’i dalam Sunannya, Kitab Qiyaamul Lail wa Tathawwu’un Nahaar, no: 1683.

Sekian. Diharap semua dapat sedikit ilmu untuk dikongsikan bersama bagi menjalankan ibadah.

Terima kasih kepada Bro Sham Kamikaze diatas panduan.

Nov 26, 2012

Harimau Malaya diganyang Singa

Kehadiran Ultras Malaya untuk memberi sokongan serta menaikkan semangat juang pemain-pemain.


SORAKAN penyokong jitu skuad negara, Ultras Malaya-‘Rajagobal apa kau buat?’ ketika di penghujung perlawanan Malaysia menentang Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi, menceritakan segala-galanya.

Apa tidaknya, skuad Harimau Malaya memilih jalan berliku dalam misi mempertahankan kejuaraan Piala AFF apabila mudah ditundukkan Singapura 3-0 pada aksi pertama Kumpulan B dengan kapten Singapura, Mohamad Shahril Ishak mendedahkan kepincangan skuad kebangsaan yang kerap dipertahankan ketua jurulatih, Datuk K Rajagobal sebelum ini, apabila meledak dua gol sebelum pemain veteran, Aleksandar Duric melengkapkan kemenangan juara tiga kali itu.

Nov 22, 2012

Israel telah setuju Gencatan Senjata terhadap Palestin



Alhamdulillah.
Satu jam telah berlalu di mana saatnya Israel telah mengumumkan gencatan senjata je atas Gaza. Peperangan telah dihentikan tetapi usah sesekali kita lupakan nyawa yang telah pergi mengadap Illahi.

Nov 17, 2012

Kempen Boikot Barangan Israel



SOKONGAN ANDA DIPERLUKAN.
MANA YANG MAMPU SILA GUGURKAN DARI LIST KEPERLUAN ANDA.

SENARAI BARANGAN PERLU KITA BOIKOT
Kemas Kini Terakhir : 4hb Jun 2012

Mengapa mereka diboikot.
Memboikot produk Israel dan syarikat yang menyokong Israel adalah salah satu cara meletakkan tekanan antarabangsa ke atas Israel seperti yang berjaya dilakukan untuk South African apartheid (Perkauman). Dengan dasar perikemanusiaan, mari sama-sama akhiri penderitaan Palestin dengan memboikot Israel HARI INI.

Nov 11, 2012

Resepi Kek Oreo Kukus

Kek Oreo Kukus
Berjumpa lagi kita diarena resepi dan masakan, tentu anda teruja nak tahu kan?...huhu...
Ok resepi ni tentulah saya perolehi dari rakan karib saya yang amat baik hati lagi comel, dia tak lain tak bukan Puan Nia Nadia Mazlin. Kali ni beliau mencuba membuat satu resepi baru untuk kita rasakan nikmatnya sambil menikmati suasana malam menghirup segelas kopi dan bernafas menikmati udara segar nyaman dibalkoni rumah.

Nov 8, 2012

Kisah kasut kulit buaya



Alkisah...
Seorang perempuan yang sangat teringin memiliki kasut dari kulit buaya. Dia pun pergi ke sebuah kedai kasut tetapi kecewa kerana kasut kulit buaya harganya sangat mahal.

Mat Yo merayu mohon dilepaskan dengan KAFA

Norshahrul Idlan Talaha aka Mat Yo


"TOLONG lepaskan saya, jangan rumitkan keadaan." Itulah rayuan penyerang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha, yang ingin berhijrah ke pasukan Johor musim depan, kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa).

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai nasibnya yang kini tergantung sama ada dilepaskan ataupun sebaliknya.

Nov 7, 2012

Senarai pemain-pemain bagi pasukan Selangor bagi musim 2013



Anda semua pasti tertunggu -tunggu juga untuk mengetahui perkembangan dan senarai pertukaran pemain-pemain bagi pasukan Selangor yang mana difahamkan/diberitahu oleh salah satu page bola dimuka buku bahawa pasukan ini telah siap dengan pembaharuan dan pengambilan baru para pemain untuk musim 2013.

Nov 4, 2012

Resepi Kek Lemak Kukus

Kek Lemak Kukus

Salam sejahtera buat semua pembaca dan followers blog yang tidak seberapa ini.
Disini saya membuat satu kelainan sedikit untuk para pembaca blog saya, dimana pada kali ini saya ingin kongsikan bersama anda tentang resepi dan masakan yang mana mungkin anda semua ingin menikmatinya bersama ahli keluarga dimasa-masa yang terluang atau untuk sesuatu majlis yang ingin dijalankan.

Nov 2, 2012

Updates: Senarai terkini pemain bagi pasukan Kelantan FA TRW 2013


Kelantan FA
Sekarang ini setiap pasukan bolasepak negeri sedang sibuk mengemaskini dan mendapatkan para pemain untuk musim 2013. Kehangatan itu makin terasa oleh para peminat dan penyokong The Red Warriors yang tertunggu-tunggu dan mahu memperolehi update terkini tentang senarai pemain yang bakal berada dalam pasukan Kelantan FA untuk musim 2013.

Eduardo akan bermain dengan TRW untuk musim 2013?


Eduardo Alves Da Silva
Rumours Berita dari Croatia

Zagreb,Croatia : Menurut satu sumber sahih, Bojan Hodak dikhabarkan telah berada disini untuk membuat tawaran kontrak perbincangan dengan bekas Pemain Terbaik Croatia 2006 iaitu Eduardo Alves Da Silva(29) untuk menyertai pasukan kendaliannya di Malaysia iaitu Kelantan FA.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...