Nov 2, 2012

Eduardo akan bermain dengan TRW untuk musim 2013?


Eduardo Alves Da Silva
Rumours Berita dari Croatia

Zagreb,Croatia : Menurut satu sumber sahih, Bojan Hodak dikhabarkan telah berada disini untuk membuat tawaran kontrak perbincangan dengan bekas Pemain Terbaik Croatia 2006 iaitu Eduardo Alves Da Silva(29) untuk menyertai pasukan kendaliannya di Malaysia iaitu Kelantan FA.



Bekas penyerang kelab Arsenal yang kini bermain untuk kelab Ukraine, iaitu Shakhtar Donetsk itu dikatakan akan tamat kontrak pada Januari 2013 dan tidak lagi ditawarkan kontrak baru bersama kelabnya itu dan telah menjadi pilihan Bojan Hodak untuk di'sunting' bagi menguatkan lagi jentera serangan pasukan kendaliannya di Malaysia.

Menurut sumber itu lagi, Bojan Hodak yang mempunyai hubungan baik dengan agen Eduardo iaitu Zdrakov Mamic' adalah rakan sejawatnya di Croatia sewaktu membimbing pasukan Dinamo Dharstikc bawah 15 liga Croatia, dan ini telah membuatkan media-media di kota ini menganggap perbincangan itu akan menjadi satu perbincangan yang mudah bagi kedua-dua pihak.
Eduardo sewaktu menyarung jersi pasukan Arsenal kendalian Arsene Wenger
Malah bukan disini saje diperkatakan tentang perkara ini, tetapi dilihat banyak dari laman-laman fan's page Arsenal sedang hangat berbicara akan perpindahan pemain ini ke pasukan The Red Warriors, Kelantan FA.

Jika benar ini berlaku maka skuad Kelantan FA akan mempunyai taring untuk memperolehi kemenangan lagi di musim 2013. Semoga perjalanan perbincangan teratur dan berjaya hendaknya. Selamat datang ke Malaysia dan Kelantan, Eduardo!.. We love you!...We love you!...We love you!

Go More Kelate Go More!...
Together We Go More!...

sumber dari: The Red Warriors Global

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...