Nov 8, 2012

Mat Yo merayu mohon dilepaskan dengan KAFA

Norshahrul Idlan Talaha aka Mat Yo


"TOLONG lepaskan saya, jangan rumitkan keadaan." Itulah rayuan penyerang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha, yang ingin berhijrah ke pasukan Johor musim depan, kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa).

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai nasibnya yang kini tergantung sama ada dilepaskan ataupun sebaliknya.

Shahrul atau dikenali sebagai Mat Yo turut merayu agar Kafa melihat keputusan penghijrahan beliau ke Johor dari sudut potifif dan memikirkan mengenai masa depannya pada masa akan datang.

"Saya harap Kafa akan memandang perkara ini dari sudut positif."

"Dan, tolong fikirkan mengenai masa depan saya dan keluarga saya pada masa akan datang," kata Mat Yo ketika ditemui di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), petang ini.

Tambah Mat Yo: "Umur saya semakin tua, saya bukannya bermain bola untuk selama-lamanya. Bila umur sudah menjangkau 40 tahun, saya akan bersara.

"Jadi, itu semua harus dilihat Kafa. Jadi, saya merayu tolonglah faham situasi saya dan membuat keputusan dengan melihat dari semua sudut," katanya lagi.

Sehubungan itu, Mat Yo yang juga pemain kebangsaan berharap perkara ini dapat diselesaikan secepat yang mungkin, seboleh-bolehnya sebelum saingan Piala Suzuki AFF yang akan berlangsung 24 November ini.

"Tolong selesaikan masalah ini dengan segera. Kalau boleh saya mahu keputusan ini dibuat sebelum bermulanya saingan Piala Suzuki AFF."

"Saya bukan apa, saya hanya mahukan perkara ini berjalan dengan lancar, sekali gus ia tidak akan mengganggu prestasi saya untuk mempamerkan aksi terbaik nanti," jelas beliau yang memilih untuk berhijrah bukan kerana wang.

"Saya sendiri pun tidak tahu dari mananya timbul isu bayaran RM80,000 itu."

"Saya ingin tegaskan keputusan untuk berhijrah tiada kena-mengenai dengan bayaran gaji. Saya cuma ingin beralih angin dan juga demi masa depan saya," ujarnya lagi.


Namun timbul pula kata-kata dari Presiden TRW, Tan Sri Haji Anuar Musa yang mana baru saje pulang menunaikan ibadat haji dan sedang meneliti tentang semua aspek yang terkini pada pasukan dan pengurusan,

"Saya membina pasukan umpama rakit, kalau patah tiga batang kita masih dapat terapung, saya bukan bina pasukan seperti perahu kalau tercabut sekeping papan akan tenggelam", kata Tan Sri Haji Annuar Musa.

Entahlah apa yang dimaksudkan oleh beliau, saya tidak dapat rungkai apa maksud kata tersebut, kita tunggu saja keputusan dari pihak pengurusan nanti. Namun rata-rata para peminat dan penyokong hampir semuanya merelakan pemergian Mat Yo ke pasukan lain yakni Johor. 

Walaubagaimanapun, para peminat dan penyokong berharap Mat Yo tidak menjadi seperti 'kacang lupakan kulit' yang mana dimana tempat beliau diterap dan dibimbing sehingga menjadi seorang bintang didalam arena bolasepak tanah air sehingga gah dan tersohor serta mendapat pelbagai award. Para penyokong juga mendoakan semoga Mat Yo berjaya dan semakin mantap dari segi serangan beliau. Good luck Mat Yo! 



Credits: Sinar Harian

p/s: Mat Yo, bukan semua penyokong yang mahu kamu pergi...ada lagi yang masih sanjung kamu. You are the best striker Yo...we stil love your play no matter what...~the bandits

1 comment:

  1. salam super sahabat,
    tetap semangat dan sukses selalu ya
    ditunggu kunjungan baliknya :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...