Nov 4, 2012

Resepi Kek Lemak Kukus

Kek Lemak Kukus

Salam sejahtera buat semua pembaca dan followers blog yang tidak seberapa ini.
Disini saya membuat satu kelainan sedikit untuk para pembaca blog saya, dimana pada kali ini saya ingin kongsikan bersama anda tentang resepi dan masakan yang mana mungkin anda semua ingin menikmatinya bersama ahli keluarga dimasa-masa yang terluang atau untuk sesuatu majlis yang ingin dijalankan.


Yang ingin saya ingin kongsikan disini ialah bagaimana untuk menyediakan resepi untuk membuat Kek Lemak Kukus yang mana resepi ini saya perolehi dari seorang rakan yang rapat dengan saya. Berikut adalah bahan-bahan dan cara pembuatannya.


Bahan-bahannya:
1 cawan Minyak Masak 
1 tin Susu Pekat
3 biji Telur

2 cawan Tepung Kek (self rising)
kismis ala kadar(jikalau tiada, anda boleh tukar masukkan coklat chip/choc rice)
sedikit essen vanilla

Cara membuatnya;
1. Mula-mula pukul minyak bersama susu pekat hingga sebati
2. Kemudian masukkan Telur satu persatu dan essen vanilla, pukul lagi hingga sebati
3. Masukkan Tepung Kek sikit demi sikit dan pukul lagi.
4. Masukkan dalam acuan/loyang
5. Taburkan kismis(atau coklat chip/choc rice
6. Kukus selama 1jam atau bakar 1jam hingga masak
7. Keluarkan tunggu sehingga sejuk, potong dan sedia untuk dimakan.

Senangkan untuk membuatnya dan bahan-bahannya pun selalunya sedia ada di dalam setiap rumah.

Semoga anda berjaya membuat kek ini dan menikmati akan kelazatan citarasanya yang sungguh ummph!. Selamat berjaya!...

Akhir kata, jumpa lagi dilain masa..tq.



~sedikit penghargaan terima kasih saya pada rakan saya Nia Nadia Mazlin Mazlan..tq Nia...u are the best chef!...huhu...-dr NaNo


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...