Nov 11, 2012

Resepi Kek Oreo Kukus

Kek Oreo Kukus
Berjumpa lagi kita diarena resepi dan masakan, tentu anda teruja nak tahu kan?...huhu...
Ok resepi ni tentulah saya perolehi dari rakan karib saya yang amat baik hati lagi comel, dia tak lain tak bukan Puan Nia Nadia Mazlin. Kali ni beliau mencuba membuat satu resepi baru untuk kita rasakan nikmatnya sambil menikmati suasana malam menghirup segelas kopi dan bernafas menikmati udara segar nyaman dibalkoni rumah.


Ha ni dia resepi yang disediakan oleh beliau dan telah diuji keberkesanan serta keenakan rasanya. Ianya adalah resepi cara membuat Kek Oreo Kukus. Cara dan bagaimana sila ikut panduan dibawah...


Bahan-bahannya:


• 1 cawan tepung gandum
• 1 sudu teh baking powder

• 2 biji telurp
• 1 cawan gula kastor
• 1/2 cawan mentega
• 1 sudu teh pwarna dan perasa kopi emulco kalo xde guna essen vanilla pun blh
• 100 gram biskut oreo dibuang inti dan dikisar
• 125 ml susu cair dipanaskan sebentar (boleh gunakan susu kotak ataupun bancuhan susu tepung)
• 2 sudu besar susu pekat manis
• 1 sudu minyak masak






Cara membuatnya:



1. Ayakkan tepung bersama baking powder, kemudian campurkan oreo, kisar dan gaul rata. Ketepikan.
2. Di dalam mangkuk adunan, pukul telur, gula dan mentega sehingga kembang. Kemudian masukkan adunan tepung sedikit demi sedikit sambil dikaup balikkan. (tak perlu pukul)
3. Masukkan susu suam, susu pekat dan minyak masak. Pukul sebentar cukup sehingga adunan bergaul rata sahaja.
4. Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah digris dengan mentega dan dialas kertas minyak. Kukus selama 45 minit...ataupn bakar dalam 1jam.





Setelah semuanya selesai, maka bolehlah dihidangkan untuk dimakan bersama ahli-ahli keluarga. 





Selamat mencuba dan semoga keenakannya menghantui anda untuk buka balik internet untuk mencari resepi ini...huhu...







Special thanks to: Nia Nadia Mazlin





1 comment:

  1. senang aja ek nak buat..hmm boleh try ni..i like kek kukus!!!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...