Nov 2, 2012

Updates: Senarai terkini pemain bagi pasukan Kelantan FA TRW 2013


Kelantan FA
Sekarang ini setiap pasukan bolasepak negeri sedang sibuk mengemaskini dan mendapatkan para pemain untuk musim 2013. Kehangatan itu makin terasa oleh para peminat dan penyokong The Red Warriors yang tertunggu-tunggu dan mahu memperolehi update terkini tentang senarai pemain yang bakal berada dalam pasukan Kelantan FA untuk musim 2013.


Setakat yang dapat diketahui dari sumber, hanya 3 pemain sahaja telah sah menjadi pemain Kelantan iaitu Aris, Khairul Izuan dan Tuan Mohd Faim yang dinaikkan pangkat ke dalam skuad Liga Super setelah tidak lagi boleh didaftarkan untuk Piala Presiden kerana lebihan had umur yang telah ditetapkan.
Sementara itu, beberapa pemain turut telah sah berhijrah seperti Ramzul Zahini, S.Chanturu, Azlan Ismail dan beberapa pemain lagi termasuk dua pemain import. Juga buat pengetahuan semua Norshahrul Idlan Talaha(Matyo) telah dikeluarkan dari senarai utama TRW.

Walauapapun, kita harap pasukan Kelantan FA dapat membariskan pemain-pemain yang berkualiti bagi mengharungi saingan untuk merebut piala-piala bagi musim 2013 dan semoga terus berjaya menjadi antara pasukan yang berprestij di arena bolasepak negara. 

Para pemain untuk musim 2012
Berikut adalah senarai pemain dan tonggak barisan pasukan The Red Warriors 2013:


Ketua Jurulatih/Pengurus: Bojan Hodak
Pen.Pengurus: Wan Badri Wan Omar
S/U Agong: Hj.Azman Ibrahim
Pen. Jurulatih I: Kamarudin Muhammad
Pen. Jurulatih II: Zahasmi Ismail
Jurulatih Penjaga Gol: Ismail Chawalit
Jurulatih Kecergasan: Rueben Jude
Fisioterapi: Zainudin Zakaria
Fisioterapi: Faris Musa
Kit Man: Pok Rongggg

Updated April 2013!
Terkini mengikut no Jersi:

1. Mohd Shahrizan a.k.a Mat Chah (GK)
2. Azizi Mat Rose
3. Subramaniam A/L Sooryapparad (Injured ACL)
4. Obinna Nwaheri (Import)
5. Nik Shahrul Azim
6. Farisham Ismail
7. Zairo Anuar Zailani (baru)
8. Mohd Shakir Shaari
9. Fakhri Saarani (April)
10. Mohd Norfarhan Mohamad
11. Petratos Dimitrios (Import)
12. Mohd Izuan Mohd Salahuddin
13. Mohd Faiz Subri (baru)
14. Mohamad Zamri Ramli
15. Mohd Daudsu Jamaludin
16. Mohd Badhri Mohd Radzi(Piya)-Kapten
17. Mohd Rizal Fahmi Abd Rosid
18. Mohd Khairul Izuan Rosli
19. Mohd Khairul Fahmi Che Mat(Apek)-GK
20. Dickson Nwakaema (Import)(April) replace Keita Mandjou(OUT April)
21. Norhadi Ubaidillah-GK
22. Mohd Haris Safwan Mohd Kamal
23. Indra Putra Mahayuddin-Naib Kapten
24. Zairul Fitree Ishak
25. Nanthakumar A/L Kalliappan
26. Mohammad Ab Aziz Ismail
27. Mohamad Aris Zaidi
30. Tuan Muhamad Faim Tuan Zainal Abidin
83. Lek Kcira(Import) 


Gambar para pemain 2013 dan cucuk pimpinan
(nampak tak?...hehe...)

Itulah senarai terkini yang telah diumumkan sebentar tadi jam 12pm, 20hb. November, 2012 oleh pihak atasan Persatuan Bolasepak Kelantan(KAFA). Namun masih ade dua kekosongan yang masih dirahsiakan pemilik jersi tersebut yaitu pemilik jersi No. 9 dan jersi No. 26. Sama-sama kita nantikan jawapannya sehari dua lagi. 
***Updates! sila rujuk jadual atas..


Inilah dia, Dimi Petratos dari Sydney FC, Australia yang ditunggu semua peminat. Beliau adalah pemain import Kelantan 2013 yang baru bagi menggantikan Mohd Ghaddar yang berpindah ke Pasukan Negeri Sembilan.


Majulah bolasepak negara!
Go More Kelate Go More!
Together We Go More!...

Dan ini untuk hafalan para penyokong dilain masa...





No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...