Dec 25, 2012

HOT: Resepi 'Durian Crepe'

Durian Crepe
Pernahkah anda memakan 'Durian Crepe'? Saya pun masih lagi tercari-cari dan ingin merasa bagaimanakah rasanya. Sesetengah kawan-kawan yang pernah mencuba mengatakan ianya sungguh enak dan ranggup, enak untuk dijadikan santapan makan petang sambil menikmati udara tenang bersama ahli keluarga.

Disini saya kongsikan apa yang perolehi dari seorang rakan tentang bagaimana cara untuk membuatnya, anda tentu ingin mencubanya bukan? Hmm saya pun nak cuba buat jugak ni. Jom kita sama-sama membuat 'Durian Crepe' hasil tangan kita sendiri.


RESEPI DURIAN CREPE

Bahan-bahannya:

250 gm tepung gandum
3 biji telur
500 ml santan
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh pandan emulco
1 sudu teh pewarna hijau

Cara membuatnya:

Satukan semua bahan di atas di dalam bekas
Kacau rata
Masukkan dalam blender dan kisar
Kemudian tapis

1)Sediakan kuali leper untuk membuat crepe yang tidak melekat
2)Panaskan hingga kuali benar-benar panas
3)Oleskan sedikit minyak pada kuali
4)Kemudian kecilkan api
5)Tuangkan satu senduk kecil ke dalam kuali dan masaklah adunan tadi hingga menjadi crepe
6)Adunan tak perlu di balikkan
7)Bila permukaan atasnya dah kering terus angkat
8)Buat sehingga habis
9)Biarkan sejuk.

Durian Filling

1 cawan Non dairy Whipping Cream
Isi durian secukupnya

Pukul Whipping Cream dalam mixer hingga kental
Pisahkan isi durian dari bijinya. Lumatkan sedikit

Bentangkan 1 keping crepe
Letakkan Whipping Cream di tengahnya
Letakkan isi durian
Tutupkan semula dengan Whipping Cream
Lipatlah crepe
Kemudian simpan dalam peti ais sebentar
Enak dihidangkan dingin (semasa sejuk)

Setelah siap, hidangan dah boleh dirasakan kenikmatannya. Selamat mencuba!...

Dipersilakan share/like/tag


Credits & Rujukan : Nurfarra faa

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...