Dec 7, 2012

Liverpool bangkit mara untuk UEFA Liga Europa


LIVERPOOL yang bertungkus-lumus memperbaiki kedudukannya dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini berjaya melangkah ke pusingan seterusnya dalam kejohanan Liga Europa dengan menewaskan Udinese, awal pagi tadi (waktu Malaysia).

Jaringan Jordan Henderson membolehkan pasukan itu muncul kelab teratas Kumpulan A, sekali gus layak ke peringkat 32 pasukan terbaik bersama Anzhi Makhachkala yang berada di tangga kedua.



Liverpool memperoleh beberapa peluang lagi menerusi Luis Suarez dan Henderson untuk menambah gol, tetapi ia gagal.

Satu lagi kelab EPL yang turut layak ke pusingan seterusnya ialah Tottenham, yang menewaskan Panathinaikos 3-1.
Setakat perlawanan terakhir peringkat kumpulan, 31 pasukan sudah pun disahkan ke peringkat seterusnya.
Perlawanan antara Sporting dan Videoton ditangguhkan, dan oleh itu, sementara Genk sudah layak, satu lagi pasukan sama ada FC Basel atau Videoton akan ditentukan berdasarkan keputusan Sporting dan Videoton.


Pasukan yang telah layak ke pusingan 32 terakhir:

Kumpulan A: Liverpool dan Anzhi Makhachkala
Kumpulan B: Plzen dan Atl Madrid
Kumpulan C: Fenerbahce dan Borussia M'gladbach
Kumpulan D: Bordeaux dan
Kumpulan E: Steaua Buch't dan VfB Stuttgart
Kumpulan F: Dnipro dan Napoli
Kumpulan G: Genk dan FC Basel atau Videoton
Kumpulan H: Rubin Kazan dan Inter Milan
Kumpulan I: Lyon dan Sparta Prague
Kumpulan J: Lazio dan Tottenham
Kumpulan K: Met'st Kharkiv dan B Leverkusen
Kumpulan L: Hannover 96 dan Levante

Berikut keputusan perlawanan terakhir peringkat kumpulan Liga Europa:

AEL Limassol 3 - 0 Marseille     
Bordeaux 2 - 0 Newcastle   

Dnipro 4 - 0 AIK Solna   

FC Copenhagen 1 - 1 Steaua Buch't   

Fenerbahce 0 - 3 Borussia M'gladbach    

Hapoel Tel-Aviv 2 - 0 Academica    

Maritimo 2 - 1 Club Bruges   

Napoli 1 - 3 PSV Eind'ven   

Plzen 1 - 0 Atl Madrid    

Udinese 0 - 1 Liverpool

VfB Stuttgart 0 - 1 Molde   

Young Boys 3 - 1 Anzhi Makhachkala    

Athletic Bilbao 0 - 0 Sparta Prague   

B Leverkusen 1 - 0 Rosenborg    

FC Twente 1 - 3 Helsingborgs    

Genk 0 - 0 FC Basel    

Inter Milan 2 - 2 Neftchi    

Levante 2 - 2 Hannover 96    

Lyon 2 - 0 Hap Kiryat Shmona    

NK Maribor 1 - 4 Lazio    

Partizan Belgrade 1 - 1 Rubin Kazan    

Rapid Vienna 1 - 0 Met'st Kharkiv    

Tottenham 3 - 1 Panathinaikos

Sporting lwn Videoton (ditangguh)


SH

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...