Dec 16, 2012

Resepi Nasi Tumpang yang famous di Kelantan

Nasi Tumpang


Assalamualaikum kepada pembaca semua,

Anda tentunya belum kenal apa itu Nasi Tumpang, takpun ada yang kenal dan penah merasakan keenakan rasanya yang tak terhingga. Nasi ini amat popular di Negeri Kelantan Darulnaim, sehinggakan disetiap daerahnya pasti ada gerai-gerai atau kedai makan yang menyediakan makanan ini untuk sarapan pagi mereka. Harganya juga amat murah didalam sekitar Rm1-Rm2 untuk satu bungkus.



Nasi Tumpang ini dahulunya adalah nasi bekal untuk bekalan para nelayan untuk dibawa bagi santapan mereka ketika mereka dilaut. Ini adalah kerana nasi ini tahan lama dan tidak mudah basi. Nasi ini dipanggil Nasi Tumpang adalah kerana lauk-lauknya yang ditumpang diantara nasi-nasi. Rasanya amat enak dan lazat. Tetapi harus dingat nasi tumpang yang betul-betul sedap adalah yang dibungkus dengan daun pisang!.  



Disini saya sertakan serba sedikit cara-cara untuk membuat nasi tumpang ini untuk yang ingin mencuba membuatnya sendiri yang mana saya perolehi dari seorang kawan bernama Nik Tik Aida Sofiah yang bermurah hati untuk berkongsi tentang cara pembuatannya.


Cara Membuat Nasi Tumpang:

Bahan-bahannya:

1. Beras
2. Ikan Kembung
3. Bawang Merah
4. Bawang Putih
5. Lengkuas
6. Ketumbar
7. Kunyit/Serbuk Kunyit
8. Cili Kering
9. Santan
10. Gula Melaka/Manisan
11. Garam
12. Asam Keping
13. Serunding Daging/Ikan
14. Telur
15. Udang jika ingin dimasukkan sebagai sambal
16. Daun Pisang

Gulai ikan:
1/2kg Ikan Kembung/Selar ~Direbus dengan sedikit garam dan asam keping

Kuah Gulai:
10 ulas Bawang Merah
1inci Lengkuas
2 ulas Bawang Putih
1 sudu teh Ketumbar
1 inci Kunyit/1 sudu Serbuk kunyit
5 tangkai cili kering ~(dimesin halus)
250gm Santan (Tp belilah extra, Just in case)
Gula Melaka/Manisan (‘Nisey’ orang kelantan panggil)
Garam
Asam Keping
Cara-caranya lebih kurang nak buat Masak Lomak Cili Api.. tidak perlu tumis.
Untuk nak buat Gulai Udang.. Resipinya sama, cuma letak lebih sikit gula Melaka/manisan tu.. Kalau gulai Udang kena manis sikit.
Bila gulai dah hampir masak, boleh letak cili merah/cili hijau untuk ambik bau wangi dia.
Untuk Nasi dia.. Sukatan dan cara buat tu lebih kurang nasi impit.. cuma kena kacau lebih sikit sampai nasi betul-betul kering dan tidak berbiji-biji.

Cara nak bungkus:
Daun pisang dilayur atas api dan dikelongsor macam mamak jual kacang
1st layer : Nasi
2nd Layer : Serunding daging/ikan
3rd layer : Nasi
4th Layer : Lauk Gulai Ikan/Udang
5th Layer Nasi 
6th layer : Telur Dadar
7th Layer : Nasi..
*Nota: Sila lihat gambar diatas tapi didalam gambar ade lebih layer yang ditambah.
Masa masukkan nasi tu, kenalah tekan-tekan sikit biar jadi padat..
Sekian.. selamat mencuba dan nikmati kelazatannya...
Saya pasti sememang makanan ini yang akan dicari jika anda berkunjung ke negeri Cik Siti Wan Kembang Negeri Kelantan Darulnaim kerana ianya merupakan sarapan pagi yang menyelerakan, murah! serta tak lupa ianya tahan lama. Ada saya terbaca pasal seseorang yang bertandang kesana dan semasa hendak pulang ke Melaka beliau membeli nasi tumpang ini dan setibanya dia disana nasi ini masih elok untuk dimakan. Menarik bukan?..Ha, apa lagi..jom ke dapur kita buat sesama...

Credits to: Cik Rashidah & Cik Nik Tik Aida Sofiah

1 comment:

  1. Sedap nampok, kalu wat utk jual utk oghe KL bole laku ko?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...