Feb 18, 2013

Solat dan Perubahan Warna Alam



" Manusia zaman kini telah sadar akan kepentingan tenaga alam,Hingga banyak membuat kiat-kiat untuk meditasi,Senam Tai-chi ,Gi gong,Yoga dll.Semua Di cipta untuk menyerap tenaga alam ke dalam tubuh ".

"Kita sebagai Ummat Islam sepatutnya bersyukur karena telah dikaruniai Syari'at Sholat,Tanpa perlu MEMIKIRKAN BAGAIMANA MENYERAP TENAGA ALAM INI "

"Sholat Selain Syari'at juga Rahmat Alloh bagi Orang-Orang yang Mau berfikir dan Bersyukur"

Mungkin sebagian dari Anda pernah bertanya-tanya, mengapa shalat harus dikerjakan sebanyak lima kali dalam sehari semalam dan kenapa sebaiknya dilakukan di awal waktu?

Feb 14, 2013

Ibu Catriona Ross kemalangan ngeri

Keadaan bas ekspres dan kereta PROTON Saga BLM yang terbabit kemalangan di KM 61.8 Jalan Raya Timur Barat dekat Grik-Jeli awal pagi semalam. Ibu pelakon antara mangsa yang maut, Siti Zawiah (gambar kecil). - Foto Dj Dolasoh BH

Gerik: Tiga wanita, termasuk ibu kepada pelakon Catriona Ross, Siti Zawiyah Ab Rahman, 63, maut apabila kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah bas ekspres di Jalan Raya Timur Barat, dekat sini, awal pagi semalam. 

Dalam kemalangan kira-kira jam 1 pagi di Kilometer 61.8 berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Titiwangsa itu, Zawiyah dan dua lagi mangsa, Norini Ghani, 42, dan Sitah Abdullah, 52, meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu kereta dikenali Mustafa Che Su, 50-an, cedera parah dan dirawat di Hospital Taiping (HT). 

Kejadian berlaku apabila kereta jenis PROTON Saga dari arah Jeli ke Gerik dinaiki empat mangsa dikatakan cuba memotong kenderaan di depan sebelum dirempuh sebuah bas ekspres
dari arah bertentangan. 

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Manab Baharom, berkata siasatan awal mendapati kereta itu berkonvoi bersama sebuah lagi kereta jenis Toyota Camry dalam perjalanan ke Seberang Prai, Pulau Pinang. 

Memotong ketika turun bukit 

Pemandu PROTON Saga dipercayai memotong deretan kenderaan termasuk sebuah bas ketika menurun bukit di selekoh berkenaan sebelum bertembung dengan bas ekspres menyebabkan kereta itu berpusing dan terbabas ke dalam longkang berhampiran, katanya di sini, semalam. 

Abdul Manab berkata, bahagian depan kereta mangsa remuk teruk dan pasukan bomba dan penyelamat dipanggil untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit manakala bas ekspres remuk di bahagian depan tetapi semua 29 penumpang serta pemandu bas tidak mengalami kecederaan. 
Rakan perniagaan Zawiyah, Syed Ageel Syed Mahayadin, 39, berkata rombongan mangsa seramai lapan orang sepatutnya tiba di rumahnya di Kepala Batas, Seberang Prai pada jam 3 pagi, sebelum membuat lawatan ke Madrasah Zabaydiah, Merbok, Kedah, untuk lawatan muhibah dan menyampaikan sedikit sumbangan. 

Katanya, mengikut perancangan, semua mereka kemudian dijangka pergi ke Ipoh pula untuk urusan perniagaan kilang ais krim sebelum bertolak semula ke Kota Bharu melalui Lebuh Raya Karak. 

Ibu Cat (Catriona Ross) adalah rakan rapat saya dalam perniagaan dan suka menolong orang susah terutama pelajar agama yang memerlukan bantuan. 

Saya terkejut dan sedih dengan kejadian malang ini, katanya ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Gerik di sini.

Al-fatihah...


Sumber: BH

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...